Badang negara, Muhammad , menyumbangkan pingat emas ketiga buat kontinjen negara selepas mengungguli kategori 79kg (kilogram) lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026, awal pagi tadi.
Malah, jaguh angkat berat negara berusia 26 tahun itu turut memperbaharui rekod clean & jerk (184kg) dan angkatan keseluruhan (331kg).
Atlet dari India, Valluri Ajaya Babu, meraih pingat perak dengan melakukan Angkatan 330kg --149kg snatch dan 181kg clean and jerk-- sementara Chris Murray dari England melakukan 325kg --148kg snatch dan 177kg clean and jerk-- untuk terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.
Kejayaan itu turut menyaksikan Erry mengikut jejak Langkah ayahnya, Hidayat Hamidon, yang merangkul emas dalam acara sama dalam edisi 1998 di Kuala Lumpur.