Kehadiran penyerang muda Perancis, Kylian Mbappe, bagaikan ribut dalam dunia bola sepak pada awal 2017.
Tanpa diduga, pemain berusia 18 tahun itu telah menjaringkan 28 gol dalam 44 penampilan bersama Monaco, sekaligus membantu pasukan menamatkan dominasi Paris Saint-Germain (PSG) untuk menjuarai Ligue 1 bagi musim 2016-17.
Di bawah kendalian Leonardo Jardim, usia bukan penghalang buat Mbappe yang bergandingan dengan barisan bintang berpengalaman seperti Radamel Falcao, Bernardo Silva, Joao Moutinho serta Fabinho.
Selain dilihat sebagai mesin gol pasukan, dia turut menrencanakan 11 bantuan jaringan sepanjang musim dan membantu pasukan untuk mara ke perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Juventus selepas menewaskan Manchester City dan Borussia Dortmund.
Kepantasan dan kebolehan Mbappe untuk memintas pertahanan lawan menjadikan dirinya mirip dan dianggap sebagai pengganti Thierry Henry.
Di kala jendela perpindahan yang telah dibuka, kebanyakan kelab utama Eropah sudah mula 'membeli-belah' untuk mendapatkan pemain bagi memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi saingan musim 2017-18.
Tanpa tiket untuk beraksi dalam UCL, Arsenal dilihat sebagai pasukan yang berada di petak pertama untuk menyambar Mbappe selepas dikhabarkan bersedia membayar sebanyak GBP125 juta (RM695 juta).
Apa yang dipersembahkan oleh Mbappe untuk Monaco seakan-akan menyaksikan Manchester United telah membuat keputusan yang salah mendapatkan Anthony Martial pada musim 2015-16 --perpindahan yang dianggarkan bernilai GBP61.5 juta (RM342 juta) -- apabila gagal mencetus impak bersama pasukan dalam tempoh dua musim yang lalu.
Jika benar perpindahan ini berlaku, ia dilihat satu langkah yang tidak masuk akal selepas Real Madrid mendapatkan khidmat pemain berusia 16 tahun dari Brazil, Vinicius Junior dari Flamengo, dengan nilai perpindahan sebanyak GBP38 juta (RM212 juta) dan masih belum mencipta sebarang impak dalam dunia bola sepak.
Bagi mengelak perkara yang sama berlaku, langkah terbaik buat Mbappe adalah untuk menolak tawaran lumayan dan membuktikan kebolehannya sekali lagi pada musim akan datang bagi mengelak kritikan yang bertalu-talu jika gagal mempamerkan persembahan terbaik!