Sebagai anak muda berusia 14 tahun, Kylian Mbappe menampal dinding kamar tidurnya dengan poster-poster Cristiano Ronaldo.
Menjelang musim baru 2017-18, pemain belasan tahun Perancis itu berkemungkinan berkongsi bilik persalinan dengan pemain idolanya itu.
Mbappe, yang menjadi buah mulut berikutan bidaan Real Madrid terhadapnya, semakin menepati kebarangkalian untuk menukar jersi AS Monaco miliknya dengan jersi tersohor Los Blancos pada musim panas ini.
Peralihan itu harus melengkapkan satu putaran daripada seorang peminat kepada seorang rakan sepasukan – malah gandingan di barisan serangan buat Ronaldo -- dalam jangka masa hanya empat tahun.
Seperti dilaporkan akhbar Daily Mail, ketaksuban Mbappe terhadap Real, khususnya Ronaldo, terserlah daripada gambar-gambarnya di kediamannya di Bondy, sebuah penempatan di pinggir bandaraya Paris, ketika usianya baru mencecah 14 tahun.

Anak muda itu, dengan senyuman melebar, membenarkan dirinya difotokan dengan berlatarbelakangkan kira-kira dua dozen gambar bintang Portugal itu sedang beraksi untuk Real Madrid.
“Dia seorang peminat tegar Real Madrid dan memuja Cristiano Ronaldo. Berjam-jam dihabiskannya dengan menonton video Ronaldo menerusi internet,” bapa Mbappe, Wilfried, dipetik sebagai berkata oleh majalah France Football tahun lalu.
Tidak lama lagi, Kylian harus berpeluang untuk bukan saja memerhatikan idolanya itu dari dekat, malah berganding bahu selaku rakan sepasukan dan saling membantu dalam menghasilkan jaringan.
Peningkatan pemain belasan tahun itu sejak gambar-gambar berkenaan diambil, agak mengagumkan.
Selepas hanya 58 penampilan bersama pasukan pertama Monaco, dia diletakkan tanda harga £160 juta (RM896 juta) – dua kali ganda yuran yang dibayar Madrid kepada Manchester United untuk idolanya, Ronaldo, pada 2009.
Mbappe adalah pemain termuda dalam pasukan pertama Monaco pada usia 16 tahun, 347 hari pada 2015.
Gol kompetitif pertamanya untuk Monaco menyusul beberapa bulan kemudian pada minit-minit akhir perlawanan menentang Troyes pada Februari 2016 – memecahkan rekod Thierry Henry untuk menjadi penjaring termuda kelab itu pada usia 17 tahun dan 62 hari.
Ia tidak pun memerlukan satu tempoh yang lama untuk Mbappe memahatkan hatrik pertamanya dalam musim penuh sulungnya di Stade Louis II – dua gol dalam separuh masa pertama menentang Rennes dalam perlawanan Piala Liga Perancis pada Disember 2016 dan satu gol lagi dalam babak kedua.
Gol sulungnya di peringkat Eropah menyusul di bumi England dalam kekalahan 5-3 kepada Manchester City dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara pada Februari lalu.
Tidak hanya Pep Guardiola yang tertarik dengan kelicikannya ketika itu, malah kelab-kelab gergasi di seluruh Eropah, tambahan sesudah golnya selepas lapan minit perlawanan kedua pusingan 16 apabila Monaco menyingkirkan City dengan peraturan gol di tempat lawan hasil agregat yang terikat 6-6.
Dengan aksi memukaunya, Didier Deschamps menamakannya dalam skuad kebangsaan Perancis buat kali pertama ketika menentang Luxembourg pada penghujung Mac lalu – dia masih tercari-cari gol sulungnya selepas empat perlawanan di peringkat antarabangsa untuk Les Bleus.
Di sebalik Monaco tersingkir kepada Juventus dalam Liga Juara-Juara, tiada apa yang dapat menafikan Mbappe daripada mengecapi kejayaan pertama selaku juara Ligue 1.
Kini, satu lagi catatan rekod mendekatinya untuk tampil selaku pemain bola sepak termahal dalam sejarah bola sepak, dengan Manchester City turut dikhabarkan bersaing dengan Real untuk mendapatkan tandatangannya.