Kylian Mbappe nampaknya sudah memutuskan untuk meninggalkan Paris Saint Germain (PSG), tetapi ke mana destinasi seterusnya?
Menurut akhbar The Sun, Mbappe sudah memaklumkan kepada kelabnya yang dia berhasrat untuk berhijrah demi memburu cabaran baru pada penghujung musim ini -- satu keputusan yang serta-merta menarik perhatian kelab-kelab gergasi dunia.
Biarpun baru berusia 21 tahun, Mbappe sudah pun menjuarai Liga Perancis (Ligue 1) sebanyak tiga kali, menjadi penjaring terbanyak liga tersebut sebanyak dua kali dan memenangi Piala Dunia pada usia semuda 18 tahun, satu pencapaian yang teramat mengagumkan.
Pada saat ini, rekod yuran perpindahan tertinggi dipegang oleh rakan sepasukan Mbappe, Neymar, dengan nilai setinggi €222 juta (RM1.08 bilion), dan jika Mbappe ingin diperoleh mana-mana pasukan lain, bayaran untuk mendapatkannya seharusnya memecahkan rekod tersebut.
Namun, kontrak Mbappe bersama PSG hanya berbaki dua tahun, dan walaupun dia dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya €400 juta (RM1.94 bilion), yuran perpindahannya mampu diturunkan sehingga serendah €91 juta (RM442 juta) sahaja jika PSG gagal memujuknya untuk menandatangani kontrak baru bersama mereka, menurut akhbar The Daily Mail.
‘Diskaun’ yuran perpindahan ini pastinya tidak terlepas daripada perhatian pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang merupakan peminat besar pemain muda kelahiran Perancis tersebut.
Pada bulan November 2019, Klopp dipetik sebagai berkata: “Sukar untuk membeli pemain dengan kaliber setinggi ini. saya rasa tidak ada kelab yang mampu buat masa ini kerana penghalang utama adalah wang semata-mata.”
Jika wang tidak lagi menjadi faktor penghalang, Liverpool pastinya akan berusaha sehabis daya untuk memburu Mbappe bagi memperkasakan lagi pasukan mereka yang sudah pun teramat kukuh tetapi mustahil kelab-kelab lain akan membiarkan sahaja perkara ini berlaku.

Ia bukan satu rahsia bahawa Mbappe menanam rasa kagum dan hormat terhadap legenda Perancis serta jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, dan dia juga dikatakan sudah lama memendam hasrat untuk menyarung jersi kelab tersebut kerana percaya impiannya untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah serta anugerah Ballon d’Or adalah lebih cerah di kota Madrid.
Jika dilihat pada musim lalu, pemergian Cristiano Ronaldo masih lagi meninggalkan luka yang mendalam buat Real Madrid, dan kehadiran Mbappe bakal menjadi pengganti terbaik bagi mewujudkan semula kegemilangan pasukan itu yang membolehkan mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak tiga kali berturut-turut.
Ura-ura turut mengatakan yang Real Madrid merencanakan untuk mencipta ‘Galacticos’ era baharu dengan mendapatkan khidmat bukan sahaja Mbappe seorang, malah rakan-rakan senegaranya, Dayot Upamecano dan Eduardo Camavinga juga, barisan pemain muda berbakat besar dengan masa depan amat cerah.
Selain dua kelab itu, kelab-kelab gergasi Eropah yang lain pula dilihat seperti tidak mempunyai peluang besar untuk menyertai perlumbaan bagi mendapatkan Mbappe.
Mbappe tidak mungkin menyertai Barcelona kerana tindakan itu bakal menutup peluangnya menyertai Real Madrid buat selama-lamanya, Juventus tidak menarik minatnya, manakala PSG tidak akan menjual pemain kepada Manchester City akibat percanggahan di antara pemilik kelab tersebut yang berpangkalan di Qatar dengan pemilik City yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sejak bertahun-tahun lalu, Mbappe disebut-sebut sebagai pengganti Pele, pemain bola sepak terbaik dalam sejarah, dan masanya sudah tiba untuk dia beranjak ke peringkat yang lebih tinggi bersama kelab yang bersesuaian.
Tidak kira ke mana pun hala tujunya, apa yang pasti adalah episod kegemilangan pemain luar biasa ini masih jauh daripada penghujungnya.