Benar, penyerang yang bernilai GBP75 juta (RM418 juta) menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di Old Trafford tetapi tumpuan utama terletak pada persembahan yang dipamerkan oleh Nemanja Matic -- kualiti seorang pemain tengah yang lama didambakan oleh penyokong Manchester United.
Matic dianggap sebagai pemusnah di bahagian tengah, dengan pengendali pasukan, Jose Mourinho menyifatkan dia adalah "seorang pemain yang memiliki kualiti yang istimewa".
Ketika membenam West Ham United 4-0 semalam, bekas pemain Chelsea ini memenangi bola daripada pihak lawan, memintas hantaran dan mempamerkan kualitinya ketika melakukan terjahan. Elemen yang paling menarik perhatian adalah gaya kawalan bolanya yang sangat baik.
Peranan pemain tengah sering kali tidak menjadi satu keutamaan di Old Trafford. Ketika David Moyes dipilih sebagai pengganti Ferguson, Anderson, Tom Cleverley, Nick Powell dan pemain veteran, Ryan Giggs, merupakan antara pilihan yang dimiliki beliau dan tercetusnya usaha United untuk mendapatkan khidmat Marouane Fellaini.
Tetapi boleh dikatakan, buat pertama kali sejak 2008, pilihan pemain yang dimiliki oleh United sekali lagi memihak kepada kelab itu. Pada Ander Herrera, United memiliki perancang permainan yang hanya menunggu masa untuk diangkat sebagai kapten pasukan.
Tahun pertama Paul Pogba kembali ke United menerima pandangan yang bercampur-campur tetapi jaringannya ketika bertemu West Ham sedikit-sebanyak mencorakkan aksi yang lebih cemerlang pada musim ini.
Kini, dengan Matic, mereka akhirnya mempunyai seorang pemain yang mampu mendominasi bahagian tengah dan menjadi teras bukan saja ketika bertahan, malah ketika melancarkan serangan.
Ia telah dipamerkan ketika aksi semalam. Tumpuan diberikan kepada Romelu Lukaku yang menjaringkan dua gol, Matic berjaya memintas gerakan yang dihasilkan oleh Pedro Obiang sebelum melakukan hantaran kepada Marcus Rashford untuk melakukan larian dan melakukan bantuan jaringan kepada Lukaku.
Kepantasan Matic memintas permainan West Ham dan bagaimana dia membaca permainan dilihat sebagai satu aset buat United musim ini; itulah sebabnya Mourinho menggambarkannya sebagai pemain yang "sempurna".
Bagaimanapun, rumusan kualiti Matic tidak boleh dilihat pada aksi dalam satu perlawanan, terutama berdepan West Ham, yang agak lesu ketika menyerang, tetapi kehadirannya ternyata mengukuhkan lagi skuad United di bahagian tengah.

Setelah sekian lama, United seakan-akan kehilangan identiti di bahagian tengah. Di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, The Red Devils masih berjaya menjuarai takhta liga tanpa kehadiran pemain yang mampu menguasai tengah. Walaupun Darren Fletcher dan Michael Carrick dipilih untuk mengetuai jentera tengah, permainan yang konsisten jarang dapat diberikan oleh mereka.Nemanja Matic's stats vs West Ham [sky]#MUFC pic.twitter.com/66wOnnj5C9
— Manchester United (@MUFCScoop) August 13, 2017