Dalam episod terbaru Borak-Borak Botak, topik pemain lewat mencapai tahap terbaik telah dibincangkan. Pelbagai nama menjadi pilihan tetapi sejujurnya, lima pemain di bawah merupakan pilihan terbaik, sekurang-kurangnya sehingga kini. Mungkin ada yang akan mempersoalkan tetapi cubalah baca dan hadamkan terlebih dahulu.
Jamie Vardy - England
Susuk tubuh Vardy bukan satu kelibat asing dalam dunia bola sepak moden, lebih-lebih lagi setelah memecahkan rekod jaringan dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris mengatasi catatan Ruud van Nistelrooy pada 2015. Namun, harus diingat, empat tahun sebelum itu, dia hanyalah satu watak yang menyumbat gol buat kelab kerdil di England, Fleetwood Town.
Biar lambat asal selamat, Vardy memegang rekod penjaring terbanyak EPL paling tua ketika kempen 2019-20, pada usia 33 tahun. Tiada siapa menyangka, karier yang bermula dengan Stocksbridge Park Steels akhirnya membutirkan debut pertama skuad kebangsaan England 26 Mac 2016.
Luca Toni - Itali

Bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila pemain dari Itali mencapai puncak prestasi pada lewat usia tetapi buat pemain berketinggian 1.93m ini, segalanya diraih selepas berkelana bersama lebih 10 kelab. Fiorenzuola, Lodigiani dan Treviso merupakan antara kelab yang mungkin tidak pernah anda dengar tetapi menjadi menjadi pilihannya mula memahatkan nama dalam bola sepak Itali.
Toni menjadi pemain pertama Itali meraih anugerah Kasut Emas Eropah pada 2006 ketika berusia 29 tahun, sebelum berkongsi status penjaring terbanyak Serie A dengan 22 gol bersama Mauro Icardi, sembilan tahun kemudian! Oh ya, Toni adalah tonggak utama skuad Azzurri ketika menjulang trofi Piala Dunia di Jerman.
Miroslav Klose - Jerman
Menyumbat lima gol dalam satu edisi Piala Dunia mampu mengukir senyuman tetapi menghasilkan kesemuanya menerusi tandukan, Klose pulang dari Jepun dan Korea Selatan pada tahun 2002 dengan mendabik dada. Empat tahun kemudian, ledakan lima golnya membolehkan Klose bergelar penjaring terbanyak di laman sendiri sebelum menoktahkan Piala Dunia 2014 dengan peledak terhebat sepanjang zaman dengan 16 gol.
Sehingga kini, Jerman tampak bergelut untuk mencari pengganti pemain penggempur yang menamatkan karier bersama Lazio ini meskipun mencuba menerusi Mario Gomez, Kevin Kuranyi, Thomas Muller dan terkini, Timo Werner.
Aritz Aduriz - Sepanyol
Berbeza dengan Itali, kebanyakan penyerang dari Sepanyol pantas membuktikan kredibiliti seperti Fernando Torres, David Villa dan Alvaro Morata. Ganjil tetapi istimewa, Aduriz menghasilkan lebih daripada catatan 285 gol dalam kariernya selepas berusia 30 tahun sekaligus menjadikannya antara mesin jaringan yang tua tetapi prolifik.
Aduriz juga masih menyarung jersi skuad La Roja pada usia 35 tahun ketika EURO 2016 setelah meledakkan 36 gol dalam semua kejohanan bagi musim 2015-16. Lebih membuatkannya istimewa di Athletic Bilbao, individu kelahiran San Sebastian ini mengharungi tiga tempoh buat Los Leones.
Arjen Robben - Belanda
Anda bukan peminat bola sepak sebenar jika tidak mengenali nama ini. Gaya larian deras di sebelah kanan sebelum melakukan 'cut back' untuk melepaskan tendangan semestinya membuatkan Robben sentiasa diingati. Dan dia juga tergolong dalam kelompok pemain yang lewat mencapai tahap terbaik.

Bermula dengan Groningen (dan kembali bersama kelab tersebut ketika ini), pemain berusia 36 tahun ini pernah bersama PSV Eindhoven, Chelsea dan Real Madrid tetapi tempoh terhebatnya bermula di Bayern Munich. Masih ingat larian pantas dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2014 pada usia 30 tahun?