Kekalahan 1-3 kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi, terus menambahkan persoalan terhadap kemampuan pengendali Manchester United, Jose Mourinho, untuk mengubah nasib pasukan itu dengan kini hanya kelompok empat teratas dilihat sasaran lebih realistik.
Jaringan berganda pemain gantian The Reds, Xherdan Shaqiri, membantu kemenangan Liverpool yang kini punyai kelebihan 19 mata di hadapan United selepas 17 perlawanan.
Statistik terus bertambah malang buat United apabila mereka kini sudah dibolosi 29 jaringan sepanjang musim ini, jauh berbeza iaitu 28 gol yang direkodkan pada keseluruhan musim 2017/18.
Malah, ia juga rekod bolos terburuk buat United dalam liga utama sejak musim 1962/63, cerminan benteng pertahanan yang amat rapuh dan terlalu bergantung kepada kemampuan penjaga gol, David De Gea, untuk menyelamatkan keadaan.
Selepas 17 perlawanan, United mengumpul 26 mata, ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea yang ketika ini menghuni tangga keempat liga dan ia merupakan kutipan terendah pernah diperoleh United, menyamai pencapaian pada 1990 yang ketika itu di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.
Sudah pasti tiada yang mudah buat mana-mana pasukan untuk berkunjung ke Anfield dan cuba untuk menyekat tuan rumah daripada memperoleh mata penuh, tetapi apa yang dipamerkan United dalam 90 minit perlawanan memberikan gambaran ada sesuatu yang tidak kena dalam pasukan.
Semakin membara gesaan khususnya daripada bekas pemain The Red Devils serta hampir majoriti peminat United untuk Mourinho disingkirkan sebelum ia menjadi lebih buruk buat bekas juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali itu.
Detik sukar terus menyelubungi Mourinho dengan jendela perpindahan Januari berkemungkinan dapat menjadi "penyelamat" sementara untuk dia cuba menukar hala tuju United walaupun kini peluang mereka untuk muncul juara liga sudah hampir terkubur.
Begitupun, dua lagi pertandingan - Piala FA serta Liga Juara-Juara Eropah yang memasuki pusingan kalah mati -- memberikan peluang terakhir buat Mourinho untuk menamatkan musim ini dengan trofi.