Kekalahan besar 1-5 Malaysia kepada India pada perlawanan keempat Piala Sultan Azlan Shah harus dijadikan menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua pemain.
Saya melihat ini merupakan satu situasi yang berbeza berbanding sewaktu pasukan negara mencipta kejutan menewaskan juara Sukan Olimpik, Argentina 2-1 dalam aksi ketiga.
Ini kerana pasukan negara sebenarnya mempunyai peluang sama banyak dengan India dalam perlawanan itu tetapi kegagalan menyudahkan peluang-peluang keemasan 'merosakkan' rentak kemenangan Malaysia.
Ketika menentang Argentina, pasukan negara berjaya menghalang semua tujuh pukulan sudut penalti yang diambil Gonzalo Peillat tetapi gagal menghalang India menjaringkan dua gol daripada lima pukulan sudut penalti.
Malah skuad negara mempunyai sembilan percubaan tepat dengan India merekodkan lapan percubaan tepat ke arah gawang gol Malaysia tetapi mereka berjaya menghasilkan lima gol dalam perlawanan malam tadi.
Saya tidak merasakan pemain-pemain negara terjejas dengan faktor kepenatan atau hilang fokus sewaktu menentang India malam tadi, mungkin disebabkan kehilangan idea untuk melakukan penyudah akhir membuatkan Malaysia cuma menjaringkan satu gol.
Kebanyakan pemain berjaya menampilkan prestasi cemerlang dalam tiga perlawanan setakat ini, jadi bagi saya sudah tiba masanya mereka bangkit melupakan kekalahan teruk di tangan India dengan kembali berada pada landasan kemenangan.
Kalah kepada India masih belum menutup pintu anak-anak buah Stephen Van Huizen untuk mengiringi Australia melangkah ke pentas final kejohanan ini.
Peminat-peminat hoki tanah air sekarang masih lagi dibuai kejayaan menewaskan Argentina, jadi berikan mereka satu lagi perasaan yang sama dengan mengalahkan satu lagi pasukan kuat, England esok.
England adalah satu pasukan yang kuat dan pasukan negara tewas dua perlawanan dengan lawan ranking ketujuh dunia itu sewaktu Semi Final World League di London pada Jun tahun lalu.
Jika Argentina boleh ditewaskan, bermakna England juga boleh dikalahkan tetapi laluan Malaysia ke final bergantung kepada keputusan perlawanan antara Australia dan Argentina.
Kemenangan ke atas England esok sudah pasti akan mengembalikan semula keyakinan para pemain walaupun pada akhirnya kita gagal mara ke final.
Jika gagal menewaskan England, tetapi India berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Ireland, bermakna skuad negara terpaksa bermain dalam penentuan tempat kelima dan keenam pada Sabtu ini.
Saya percaya barisan kejurulatihan skuad negara pastinya akan merencana taktikal terbaik memastikan England ditewaskan kerana jika gagal ke final, sekurang-kurangnya Malaysia dapat beraksi dalam perebutan tempat ketiga dan keempat sekali gus memperbaiki kedudukan tahun lalu.