Skip to main content

Rencana

Masalah Malaysia ke?

_mg_8544.jpg
Keputusan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) membatalkan penggunaan sistem Video Refferal di saingan Hoki Siri Final termasuk di Kuala Lumpur, bermula 26 April ini sesuatu yang mengejutkan.

Alasan? Ada beberapa negara tidak mampu menyediakan sistem itu.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sudah mengikut segala peraturan dan piawaian untuk jadi penganjur kelas antarabangsa. Tetapi apabila ada negara yang tidak mampu melakukannya, adakah itu salah Malaysia?

Itu masalah Malaysia ke?

FIH sebagai badan induk dunia yang memperkenalkan sistem ini, kenalah selesaikan. 
"Selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa badan penyiar negara penganjur  di Malaysia, India, Perancis, Ireland, Jepun dan Sepanyol, kami mendapati sukar untuk menyiarkan kejohanan ini secara langsung di televisyen. Jadi, FIH memutuskan sistem Video Refferal tidak akan disediakan pada Siri Final 2019," menurut email FIH.

Saya tidak faham mengapa keputusan seperti ini diambil sedangkan sistem Video Refferal sudah digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Sejak diperkenalkan pada Trofi Juara-Juara 2009 di Melbourne, Australia, sistem ini berkembang hingga menjadi perkara wajib pada kejohanan besar seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

Jadi, saya lihat tindakan ini satu langkah ke belakang.

Presiden KHM: "Kami akan hantar bantahan kepada FIH. Ini satu keputusan yang tidak betul. Malaysia sudah berusaha sedaya-upaya untuk mengikut spesifikasi FIH untuk jadi tuan rumah Siri Final. Jadi FIH perlu fikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan isu ini," katanya.

Masih ada masa kurang dua minggu untuk FIH cari jalan penyelesaian terbaik. 
Ikut peraturan yang anda tetapkan sendiri atau kredibiliti sebagai badan induk dunia boleh dipertikaikan.  

Advertisement

Must Watch Video