Lega sebelum berangkat ke Ipoh, Perak apabila skuad The Malaysian Hockey Tigers raih kemenangan sulung aksi persahabatan menjelang Piala Sultan Azlan Shah 2019.
Saya pernah menulis mengenai keyakinan pengendali negara, Roelant Oltmans bahawa jangan panik selepas tumbang 0-6 kepada Korea Selatan pada aksi persahabatan pertama.
Sememangnya pemain negara sedang menyesuaikan diri dengan taktikal baru yang pasti menjejaskan prestasi keseluruhan pasukan tuan rumah.
Ketajaman pukulan sudut penalti sekali lagi jadi sandaran apabila pertahanan negara, Muhammad Razie Abd Rahim dan penyerang, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (lantunan semula) berjaya menewaskan Sreejesh Parattu selepas perancang utama, Fitri Saari, buka tirai jaringan.
Keputusan ini membuktikan pemain negara kian selesa dengan formasi 3-2-3-2 sekaligus amaran awal untuk capai sasaran ke final walaupun peminat mahu melihat Malaysia menjulang Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama.
“Saya puas hati dengan prestasi pemain. Masih ada beberapa perkara perlu dibincangkan tapi kemenangan ini penting untuk moral pemain.
“Saya harap mereka menikmati kejohanan ini dengan gembira terutama pemain muda yang bakal buat penampilan pertama,” kata Oltmans.
Bekas kapten negara, Datuk Mirnawan Nawawi, berkata: “Kemenangan aksi persahabatan cukup penting sebelum memulakan cabaran pada sesebuah kejohanan.
“Saya agak bimbang selepas Malaysia tewas kepada Korea tetapi ini membuktikan mereka di landasan tepat. Saya yakin pasukan ini sudah sedia untuk mencabar,” katanya.
Malaysia akan turun selaku pasukan pilihan untuk memulakan cabaran menentang wakil Eropah, Poland pada aksi pembukaan, Sabtu ini.
Kemenangan penting yang akan menarik jutaan rakyat Malaysia untuk terus memantau perkembangan Malaysia dia Ipoh dalam misi menjulang Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama dalam sejarah.