Terkejut apabila The Malaysian Hockey Tigers tewas besar di tangan Korea Selatan dalam aksi persahabatan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak.
Bukan soal kalah tetapi jumlah jaringan sebegitu menimbulkan persoalan, adakah pengendali, Roelant Oltmans, membuat keputusan tepat bawa ramai pemain muda ke Ipoh?
Bukankah ini peluang terbaik untuk muncul juara Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama?
Bukankah Malaysia menuju fasa akhir menjelang Final Siri Hoki selaku kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020?
Oltmans tidak panik lalu menjawab: "Biar ia terjadi sekarang. Tiada apa yang rugi kerana saya sedang menguji pemain.
"Kalah seperti ini (0-6) memang negatif tapi jangan panik," katanya.
Oltmans mencuba formasi baru, 3-2-3-2 berbanding 4-3-3 yang sudah sinonim dengan The Malaysian Hockey Tigers.
Pasti pemain belum menyesuaikan diri tetapi perubahan perlu dilakukan bagi mengelak lawan membaca taktikal. Dalam tempoh penyesuaian ini, keputusan pasti tidak berpihak kepada negara.
Bagi pemain pula, Azrai Aizad Abu Kamal, Arif Syafiq Ishak, Luqmanul Hakim Ahmad Syukran dan penjaga gol, Zaimi Mat Deris muka baru sementara pertahanan, Najmi Farizal Jazlan, kembali ke pentas antarabangsa selepas berehat setahun.
Semua diturunkan ketika menentang lawan ranking ke-17 dunia itu sekali gus pengalaman sulung buat Azrai dan Arif menentang negara yang pernah bergelar gergasi Asia.
Saya harap keyakinan Oltmans jadi nyata. Mungkin kita terpaksa korbankan Piala Sultan Azlan Shah demi rebut tiket Sukan Olimpik Tokyo.