Skip to main content

Rencana

'Marian Rivera' seri Temasya Sukan SEA Filipina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

filpina.jpg
Saya membuat penampilan keempat di pentas Sukan SEA Filipina 2019 selepas temasya di Kuala Lumpur pada 2017, Singapura pada 2015 dan Jakarta-Palembang pada 2011.

Boleh dikatakan setiap temasya ada keunikan dan keistimewaan tersendiri, sama ada melibatkan aspek penganjuran mahupun budaya serta kehidupan masyarakat setempat.

Di Subic, Filipina iaitu kawasan saya bertugas untuk Sukan SEA kali ini, penduduk di sini mempunyai sikap ramah mesra kerana rata-ratanya tidak lokek untuk memberi bantuan jika diperlukan.

Malah, mereka juga suka mengambil tahu dan berkongsi cerita. Pendek kata, rata-rata masyarakat di sini pantang ditanya, ada sahaja cerita dan perkara yang ingin diketahui.

Tetapi, paling mencuri perhatian saya sepanjang membawakan perkembangan atlit negara sempena temasya dwi-tahunan ini adalah mengenai kecantikan wanita-wanita Filipina.

Majoriti yang saya temui memiliki paras rupa cantik dan jelita kerana rata-ratanya mempunyai wajah kacukan Pan Asia terutama mereka yang bertugas sebagai penyampai berita dan wartawan.

Senang cakap semua macam Marian Rivera. Pelakon dan model jelita Filipina yang merupakan isteri kepada pelakon kacak, Dingdong Dantes antara lambang kecantikan wanita-wanita di negara berkenaan.

Berdarah campuran Sepanyol-Filipina, Marian pernah mengetepikan Dian Sastrowardoyo dari Indonesia untuk dinobat Pelakon Wanita Tercantik Asia Tenggara.



Ramai lagi sebenarnya, selebriti dari negara ini dilabel sebagai wanita tercantik di dunia antaranya aktres muda Filipina, Liza Soberano, Jessy Mendiola, Elisse Josson dan Sarah Geronimo.

Itulah keunikan yang saya boleh kongsikan mengenai apa yang menarik di Filipina dan sekurang-kurangnya kecantikan mereka ini dapatlah mengurangkan sedikit tekanan kerja petugas-petugas media terutama krew Nadi Arena.

Jumpa lagi, Mabuhay Filipina.

Advertisement

Must Watch Video