Sehingga saat ini, saya masih tersenyum kenangkan kejayaan dua srikandi boling padang negara, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji merangkul pingat emas dengan cukup dramatik dalam acara berpasangan wanita.
Bukan sekadar kejayaan rangkul emas yang jadi tumpuan namun cara mereka memenanginya buatkan bukan sahaja saya tetapi seluruh rakyat malaysia perlu beri tabik hormat.
Ketika membuat liputan di Kelab Bowls Broadbeach, saya dan jurukamera, Nizam Baharuddin, harapkan permulaan baik di beberapa end awal bagi memudahkan laluan memenangi aksi di perlawanan akhir.
Namun, sebaik pasangan Afrika Selatan, Nicolene Neal dan Colleen Piketh, mudah berada di depan 7-0 pada tiga end pertama, saya terkelu sebentar sambil tertanya apa terjadi kepada mereka berdua?
Satu persatu end, saya berasakan kilauan emas makin pudar buat negara apabila lihat beberapa perancangan Zalina yang bertindak selaku skipper tidak menjadi.
Dalam fikiran, saya cukup kasihani skuad boling padang yang mungkin akan tamatkan kempen paling buruk dalam sejarah penyertaan mereka di pentas Komanwel dengan sekadar bawa pulang satu perak.
Saya sempat berbalas mesej dengan seorang lagi pemain senior, Norhashimah Ismail bertanyakan adakah Zalina dan Emma masih berpeluang berdasarkan pengalamannya bermain di peringkat seperti ini.
Hashimah beritahu saya agar bersabar kerana dia tahu sejauh mana kemampuan Zalina dalam hadapi situasi genting sebegitu dan sekelumit keyakinan masih ada di dalam hati ini.
Di end 13 segalanya bermula, dua mata dikutip seumpama pembakar semangat buat mereka berdua walaupun ketinggalan 7-13 sebelum lawan mereka terutama Piketh nampak hilang fokus.
Laungan Malaysia Boleh perlahan-lahan kembali bergema di Broadbeach yang langsung tiada kedengaran pada mulanya, empat mata di end 15 ubah segala-galanya dan saya sendiri tiba-tiba kembali bersemangat.
Semangat darah pahlawan Zalina dan Emma nyata tidak boleh dihalang lagi pasangan Afrika Selatan itu dan akhirnya end ke-18, tangisan kegembiraan dan jeritan kepuasan terpancar bagi rakyat malaysia yang saksikan perlawanan itu sama ada di Broadbeach atau di kaca televisyen.
Petugas-petugas sukarelawan di sini pun turut kagum lihat semangat juang atlit negara malah mereka turut beri tepukan penghargaan atas kebangkitan mereka yang amat menakjubkan.
Mungkin bukan saya yang memenangi emas ini namun ia tetap mengundang kepuasan saya yang kerap beri liputan sukan boling padang sejak di tanah air.
Malah, saya ada beritahu penerbit dua hari sebelum acara akhir, saya begitu optimis pingat emas akan hadir daripada boling padang biarpun enam wakil negara sebelum itu tumbang di suku akhir.
Buat Zalina dan Hashimah, terima kasih kerana berikan satu coretan indah kontinjen negara di Sukan Komanwel 2018 Gold Coast kepada saya dan pencinta sukan tanah air.