Bangun pagi, kelam kabut nak bersiap, menanti panggilan untuk 'cross' oleh 'Boss Slamet' dan kuncu-kuncunya dari Kuala Lumpur, itu dah menjadi rutin kami yang membuat liputan dari Sukan SEA Filipina di Manila 2019 kali ini. 'Bencana di pagi hari' mahu tidak mahu, ia wajib disantuni. Alah bisa tegal biasa.
Namun pagi ini sedikit berbeza. Notifikasi amaran yang diterima dari pusat meteorologi menerusi aplikasi telefon, mengatakan Taufan Tisoy ( Kammuri ) dijangka akan melanda Manila.
Kerja tetap kerja, saya bersama wartawan Ahmed Shahrazad Sani terus menempuh trafik yang perlahan menuju ke Philippines Marine Corps Fort Bonifacio, untuk liputan acara menembak. Dalam perjalanan, apa yang kerap bermain di fikiran saya bagaimana sekiranya taufan datang melanda bumi Manila? tapi, Alhamdulillah kami selamat di sini.
Saya menjangkakan, khabar angin yang ngeri itu akan tamat disitu sahaja, tapi...
Selesai tugasan di acara menembak, kami bergegas ke Muntinlupa untuk acara badminton. Dan kali ini, 'Mr. Perfect', Khawari Isa pula berkongsi dan mengingatkan semua supaya berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang bencana. Katanya, tempat yang kami sedang tuju ini dan sekitar kawasan Rizal Memorial Stadium iaitu venue untuk bola sepak selalunya akan terkesan teruk jika banjir.
Demi, Khawari Isa, jangan kata banjir, taufan dan puting beliung datang pun 'budak-budak' dia sanggup ‘langgar’ demi menyampaikan berita Sukan SEA kepada rakyat Malaysia.
Kelajuan TISOY ( The eye of typhoon ) ini boleh mencecah 61km sejam ke 120km sejam. Antara kawasan yang dikhuatiri terlibat termasuklah di tempat kami menginap, iaitu di Metro Manila. Dan antara tempat lain seperti Bulacan, Bataan, Pampanga, Rizal, Cavite, Batangas, Laguna, Oriental Mindoro, Occidental Mindoro, Marinduque, Romblon, Northern Samar, Eastern Samar, Samar, Biliran, Nueva Ecija, Aurora, Quezon, Masbate.
Mengikut laporan CNN International di laman twitter, ribuan penduduk dah dipindahkan di tempat perlindungan. Manakala, The Philippines Star pula melaporkan, hujan lebat telah pun berlaku di sekitar Bicol, antara tempat yang dikatakan menjadi persinggahan TISOY.
Jika diikutkan pengalaman saya pada tahun 2012 mengikuti pasukan NGO dari Malaysia menghantar bantuan selepas dilanda taufan Bopha di Davao, kesannya amat teruk. Harap-harap, kami tidaklah terkena sebegitu.
Menjadi persoalan kepada saya, mungkin disebabkan ramalan taufan ini, kerajaan Filipina sudah sedia maklum. Dan sebab itu juga segala persiapan di sini dibuat secara biasa-biasa sahaja. Malah papan-papan tanda promosi Sukan SEA dan juga banting tak semeriah seperti di Sukan SEA KL 2017.
Apa pun setakat ini semuanya lancar sahaja. Cuma acara sukan yang melibatkan pantai terpaksa dihentikan. Buat kenalan kami di tanah air, doakan kami selamat dan Malaysia capai misi 70 pingat emas!