Pada usia 31 tahun, Liew Daren mencetuskan sensasi apabila bukan sahaja layak ke Kejohanan Dunia 2018 malah menjejakkan kaki ke podium.
Laluan dia sebelum ke separuh akhir juga luar biasa, termasuk mengalami kecederaan sebelum kecundang di tangan juara, Kento Momota.
Dengan ini dia menjadi sebahagian daripada atlet elit kecil perseorangan Malaysia di samping Datuk Lee Chong Wei dan Wong Choong Hann yang pernah memenangi pingat dalam Kejohanan Dunia.
Jadi di mana Daren sebelum dia mencapai kejayaan menakjubkan ini?
Hampir 12 tahun dia berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum mengambil keputusan sendiri untuk bergelar profesional pada 2016.
Seperti Chong Wei Feng yang turut dicanang sebagai pengganti Chong Wei, dia diberi segala yang diperlukan untuk merealisasikan aspirasi itu.
Benar, Daren satu-satunya perseorangan selain Chong Wei yang pernah memenangi gelaran bertaraf Siri Super, Terbuka Perancis 2012.
Siapa yang ditewaskannya, pemain nombor satu dunia ketika ini, Viktor Axelsen.
Tetapi, adakah itu memadai untuk mengklasifikasikan waktu dia bersama BAM sebagai satu kejayaan.
Pandangan saya ini bukan mahu mempersoal kisah kerjaya Daren memandangkan dia sebenarnya seorang "fighter".
Ada perkongsian daripada orang dalam BAM yang menegaskan dia bertarung dengan kecederaan sepanjang berada di dalam gelanggang.
Ini juga di sebalik "testimoni" dia antara pelatih paling berbakat selain Chong Wei.
Jujurnya, kisah Daren ini wajar dijadikan iktibar buat pemain yang berada dalam program BAM masa ini seperti Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao.
Gunakan peluang anda sebaik mungkin kerana Malaysia mahu lihat anda memenuhi potensi sebagai masa depan badminton Negara.
Daren sebelum ini mungkin hilang di sebalik tekanan untuk menggantikan Chong Wei, mujur dia kembali menjumpai dirinya yang sebenar pada 2018.
Buat perseorangan meningkat naik negara, hendak hilang waktu muda ini atau jumpa jalan waktu di penghujung kerjaya.