Kebangkitan Tottenham Hotspur boleh dikatakan agak aneh. Tidak seperti Manchester City yang kejayaannya adalah disebabkan lambakan wang selama bertahun-tahun, kebangkitan perlahan Tottenham untuk berdiri seiring dengan kelab bola sepak elit dalam Liga Perdana Inggeris adalah disebabkan keazaman dan ketabahan mereka.
Walaupun sebelum ini dijadikan bahan jenaka lawan mereka, Arsenal, Tottenham nampaknya mengatasi lawan London Utara itu daripada setiap aspek dalam beberapa tahun ini. Malangnya, kebangkitan ini tidak disertakan dengan piala kemenangan.
Tidak dinafikan yang mereka hampir memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam musim 2015/16 dan kalah sipi kepada Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu tetapi hampir memenangi saja tidak memadai.
Tidak lama lagi, pemain-pemain terbaik mereka akan mula beralih arah berikutan kemarau trofi dan banyak kelab bola sepak lain yang akan pantas merebut peluang ini.
Tambahan pula, mereka tiada peluang untuk memenangi mana-mana liga tahun ini apabila untuk mendapat tempat keempat pun kelihatan samar-samar saja.
Untuk memburukkan lagi keadaan, mereka disingkirkan oleh Colchester United daripada Piala Liga pada awal musim ini. Jadi, peluang mereka memenangi piala musim ini hanyalah dalam EPL, UCL dan Piala FA.
Pengurus baru mereka, Jose Mourinho, sarat dengan rekod cemerlang dan telah ditugaskan untuk mengubah nasib mereka daripada kalah sipi kepada pemenang.
Rekod Mourinho sebagai antara pengurus tercekap dunia membuktikan yang beliau boleh menyesuaikan diri dalam mana-mana jenis kelab bola sepak.
Daripada Real Madrid pada awal tahun 2010-an yang suka menyerang kepada Inter Milan pada lewat tahun 2000-an yang cenderung ke arah pertahanan, sentuhan Mourinho mengubah mereka menjadi kelab bola sepak juara.
"Apa yang masih belum peroleh adalah trofi. Dan apa yang orang sentiasa katakan mengenai Mourinho, beliau mampu menghadirkan gelaran," kata bekas pengendali Spurs, Gerry Francis menerusi Goal.com
"Mourinho telah meraih lebih banyak gelaran sepanjang kariernya berbanding apa yang telah dimenangi Tottenham sepanjang sejarah kelab."
Mengambil petikan daripada independent.co.uk, Graeme Souness percaya Mourinho merupakan pilihan tepat buat Spurs dan memenangi trofi bersama kelab London itu, Souness menjelaskan, ""Kelab ini hanya memenangi tiga gelaran dalam tempoh 28 tahun. Bagi kelab utama, ia tidak memadai.
"Mereka memerlukan seseorang yang mampu melakukan sesuatu yang berbeza dan menghadirkan gelaran kepada pasukan dan saya berasakan, Mourinho adalah pilihan terbaik Spurs."
Mungkin kelab kelolaannya tidak selalu menang besar tetapi kepakarannya memang tidak dapat disangkal lagi dan inilah yang diperlukan oleh Tottenham.
Kelab bola terakhir yang diuruskannya ialah Manchester United, yang mana walaupun singkat, mereka berjaya memenangi Liga Europa (UEL), Perisai Komuniti dan Piala Liga sebelum dia dipecat pada musim seterusnya.
Seperti yang kita tahu sekarang, United mempunyai isu dalaman yang kompleks. Jadi, apabila Mourinho berjaya membawa tiga kemenangan kepada mereka, ia kelihatan seolah-olah satu perkara yang ajaib.
Itulah gambaran ringkas terhadap Mourinho dan diharapkan dia berjaya memberi sentuhan yang sama terhadap Tottenham sebelum pemain-pemain terbaiknya meninggalkan kelab itu dan sia-sia saja usaha mereka selama ini.
Seperti yang disebut tadi, peluang mereka memenangi piala musim ini hanyalah dalam EPL, UCL dan Piala FA. Walaupun mereka masih belum melayakkan diri dalam fasa penyingkiran, mereka hanya perlukan satu lagi kemenangan daripada baki dua perlawanan mereka.
Namun, ujian sebenar mereka akan bermula selepas melayakkkan diri. Meskipun mereka berjaya sampai ke pusingan akhir musim lalu, mereka terpaksa berjerih dan bergelut. Tambahan pula, peluang mereka untuk sampai ke pusingan akhir kelihatan sangat tipis.
Di sinilah kepakaran Mourinho akan terbukti yang mana dia mampu mengebalkan barisan pertahanan Tottenham. Akan tetapi, dengan kedudukan mereka yang jauh ketinggalan berbanding kelab bola sepak gergasi Eropah yang lain, kemenangan Tottenham dalam Liga Juara-Juara UEFA tampak seperti tidak munasabah.
Nampaknya, harapan untuk memenangi Liga Juara-Juara UEFA mungkin terpaksa ditunda sehingga tahun depan. Bagaimanapun, mereka ada peluang untuk memenangi Piala FA Inggeris tahun ini dan ia boleh menjadi pencetus semangat mereka untuk liga-liga lain pada musim akan datang.
Penyingkiran mereka dalam Piala Carabao akan membuatkan mereka lebih fokus dalam liga bola sepak bawahan yang lain dan dengan pelantikan Mourinho, mereka kini mempunyai pengurus yang bukan saja tahu cara memenangi liga kejuaraan tapi juga cara untuk menewaskan kelab gergasi bola sepak Inggeris yang lain.
Jika Mounrinho dapat menyelesaikan isu utama mereka, iaitu pertahanan yang lemah, Tottenham akan dapat menjadi kuasa besar bola sepak sekali lagi.
Walaupun sudah terlambat bagi mereka untuk memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini dan kemungkinan besar mereka tidak akan memenangi Liga Juara-Juara UEFA, tapi mungkin saja Mourinho boleh membawa kemenangan dalam Piala FA Inggeris.
Namun, masih banyak yang perlu dilakukan dan pemain Tottenham tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dengan kedatangan Mourinho.