Sebagai pemain, Kurniawan Dwi Yulianto adalah nama besar dalam arena bola sepak Indonesia malah beliau merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa skuad Garuda ketika ini dengan 33 gol daripada 59 penampilan.
Rekod beliau beraksi bersama pasukan-pasukan berstatus kelab atau negeri dari tahun 1994 hingga 2013 juga boleh tahan apabila meledak sejumlah 200 gol, termasuk 29 gol daripada 31 penampilan dalam Liga Malaysia bersama Sarawak pada musim 2005/2006.
Bekas pemain berusia 43 tahun itu mungkin mengharungi kerjaya sebagai pemain yang boleh dikatakan antara terbaik di Indonesia tapi mampukah beliau turut 'mencetak gol' dalam dunianya sebagai jurulatih?
Sebagai jurulatih, pengalaman Kurniawan bukanlah seluas ketika berstatus pemain dulu namun beliau mungkin memiliki sedikit kelebihan kerana menjadi pembantu jurulatih kepada pasukan yang beraksi di pentas antarabangsa iaitu skuad Garuda itu sendiri.
Selepas meninggalkan skuad Sukan SEA Indonesia sebagai pembantu jurulatih yang muncul naib juara di Filipina, baru-baru ini, beliau melakukan satu lagi langkah besar apabila menerima tawaran untuk menjadi pengendali Sabah bagi menghadapi saingan Liga Super, musim depan.
Kehadiran Kurniawan ke dalam skuad Tambadau adalah gara-gara peraturan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan ketua jurulatih memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk saingan Liga Super, musim depan.
Keadaan itu juga menyebabkan Jelius Ating tidak dapat menyambung khidmatnya sebagai pengendali walaupun berjaya membimbing Sabah naik semula ke saingan Liga Super selepas tujuh musim dan lebih manis menamatkan kemarau 23 tahun tanpa trofi apabila muncul juara Liga Perdana 2019.
Bagaimanapun, tugas Kurniawan sebagai pengendali untuk saingan musim baharu nanti diringankan sedikit dengan kehadiran Jelius yang dikekalkan dalam pasukan sebagai pembantu jurulatih selain turut membawa masuk rakan senegaranya, Sofie Imam Faizal sebagai jurulatih kecergasan.
Gandingan Kurniawan dan Jelius dalam Liga Malaysia juga sebenarnya sudah pernah berlaku apabila mereka pernah beraksi bersama Sarawak pada musim 2005/2006, seorang pertahanan (Jelius) dan seorang lagi penyerang (Kurniawan).
Pengetahuan Kurniawan mengenai saingan Liga Malaysia juga bukanlah 'naif sangat' kerana selain pernah beraksi di negara ini, beliau juga menemui jodohnya di Sarawak dan sering pulang ke kampung mentua setiap kali cuti.
"Saya juga banyak kenal dengan pelatih-pelatih atau coach yang ada di Malaysia, so mungkin untuk kualiti tidak beda jauhlah dengan apa ada di Indonesia," kata Kurniawan dengan loghat Indonesia ketika kali pertama diperkenalkan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Selepas memulakan tugas rasminya sebagai pengendali kira-kira dua minggu lalu, Kurniawan kini memiliki masa kurang dua bulan untuk melengkapkan pasukan Sabah yang kini dikatakan sudah 70 peratus selesai.
Mampukah gandingan Kurniawan dan Jelius di samping barisan jurulatih lain 'mengasah tanduk' Tambadau menjadi lebih tajam, sekali gus menjadi antara pesaing dalam Liga Super musim depan?
Ia bukanlah tugas mudah kerana saingan Liga Super bukan 'kaleng-kaleng' dan ianya juga bukanlah mustahil kerana dalam bola sepak apa pun boleh berlaku, di awal musim lalu ramai yang tidak jangka Tambadau mampu pergi jauh tetapi apa yang berlaku di akhir musim adalah sebaliknya.
Selamat maju jaya Kurniawan dan selamat tahun baharu semua!