Sejurus Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan jaguh perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei, terpaksa menarik diri daripada kejohanan Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung 2 April depan, ramai peminat kecewa.
Ini merupakan kali kedua impian Chong Wei untuk beraksi semula selepas pulih daripada penyakit kanser hidung yang menimpanya tahun lalu dinafikan apabila sebelum ini dia turut menyuarakan hasratnya untuk beraksi dalam Kejohanan Seluruh England, namun masih belum cergas.
Ketiadaan Chong Wei bermakna skuad Malaysia kehilangan pemain itu sejak Julai tahun lalu dengan kali terakhir pemain itu beraksi adalah dengan mengenggam kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12.
Ramai mengatakan Malaysia tempang tanpa pemain itu
Hakikatnya, ketika kempen Kejohanan Dunia di Nanjing, China, tahun lalu, perseorangan lelaki profesional, Liew Darren, mencipta kejutan untuk merangkul gangsa.
Rejim latihan Datuk Misbun Sidek semakin menampakkan hasil buat protege baru, Lee Zii Jia, apabila memenangi Terbuka Taiwan.
Hasil juga tidak tertumpu kepada skuad perseorangan, namun pemain-pemain lain juga boleh dibanggakan antaranya pasangan meningkat naik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, menjadi wakil tunggal Malaysia di pentas final Seluruh England tahun ini.
Rindu untuk melihat jaguh itu untuk beraksi semula sambil mengingatkan bait kata-kata Chong Wei ketika ditemubual dua hari sebelum berlepas ke Taiwan untuk berjumpa doktor pakar pada Ahad lalu
“Kalau saya nak main, saya mahu main sampai jadi juara, bukan masuk tapi kalah awal!"
Ayat itu ada kebenarannya, mungkin Chong Wei tidak mahu nasibnya di gelanggang menjadi seperti seteru utama, Lin Dan, yang semakin malap sehinggakan pemain tidak ternama lain juga boleh menumbangkan pemenang pingat emas Sukan olimpik itu.