Siapa yang membentuk bintang terjun negara seperti Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Ooi Tze Liang atau Ahmad Amsyar Azman?
Siapa yang sanggup menolak tawaran gaji lumayan Dolar Amerika atau Pound Sterling untuk kekal di Malaysia?
Beliau ialah ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang - kelahiran China.
Zhuliang datang ke Malaysia pada 2001, ketika itu skuad negara dibarisi penerjun seperti Yeoh Ken Nee, Farah Begum Abdullah, Leong Mun Yee dan Rosharisham Roslan.
Pengendali berusia 53 tahun itu kemudian berhijrah ke Australia pada 2005, namun kembali semula ke Malaysia pada 2009.
"Malaysia sangat istimewa. Walaupun dapat tawaran lumayan tapi saya tetap kekal di sini. Mungkin kerana hubungan rapat dengan penerjun Malaysia," katanya.
Benar, Zhuliang anggap penerjun negara seperti anaknya.
Beliau memantau semua pergerakan atletnya sama ada sesi latihan, pelajaran atau kehidupan sosial seperti seorang bapa.
"Ramai penerjun tinggal berjauhan dengan keluarga mereka seperti Pandelela dan Traisy (Sarawak), Amsyar Azman (Perlis). Ibu bapa mereka sudah amanahkan saya untuk menjaga anak mereka.
"Ia membuatkan saya sukar meninggalkan negara ini," kata Zhuliang.
Tetapi, saya melihat Zhuliang kurang ceria terutama selepas skuad negara dipalit isu rogol dan doping.
Mungkin tertekan memikirkan hala tuju dan perancangan skuad negara menjelang Sukan Komanwel, Asia dan paling penting, Olimpik Tokyo 2020.
"'Coach' mesti kekal sampai Olimpik Tokyo. Malaysia perlukan 'coach'," kata saya.
Zhuliang hanya tersenyum dan meneruskan tugasnya, beberapa hari menjelang pengumuman senarai baru Program Podium, 10 November ini.