Kursus Lanjutan Analisis Gait yang berlangsung baru-baru ini telah menghimpunkan peserta daripada pelbagai institusi ternama tempatan dan antarabangsa. Antara yang mengambil bahagian termasuk Pusat Rehabilitasi PERKESO, universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), serta delegasi luar negara dari Universitas Negeri Padang, Indonesia dan Vinmec International Hospital, Vietnam. Kehadiran pelbagai pihak ini menjadi bukti komitmen bersama dalam memajukan bidang analisis gait di rantau ini.
Program ini dianjurkan bersama oleh Summit Features Sdn. Bhd. dan Pertubuhan Rehabilitasi Penjagaan dan Kesihatan Malaysia (MARCH), dengan sokongan daripada European Society for Movement Analysis in Adults and Children (ESMAC) dan Pusat Rehabilitasi PERKESO. Ia berlangsung dalam dua sesi berasingan, iaitu pada 21–22 Julai 2025 di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka, dan pada 24–25 Julai 2025 di Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik & Cybernics Kebangsaan PERKESO, Ipoh, Perak.
Penyertaan dari luar negara mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab utama analisis gait di Asia Tenggara. Kemudahan bertaraf antarabangsa, disokong kepakaran tempatan serta sokongan institusi, menjadikan negara ini pusat rujukan bagi latihan, penyelidikan, dan inovasi dalam bidang berkenaan. Keupayaan Malaysia menganjurkan program berskala antarabangsa ini membuktikan tahap kematangan industri rehabilitasi tempatan dan kejayaan Malaysia dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.
Kursus ini turut menarik penyertaan daripada pelbagai latar belakang profesional, termasuk ahli fisioterapi, pakar terapi carakerja, doktor perubatan, jurutera bioperubatan, saintis sukan, dan pakar rehabilitasi. Kepelbagaian ini membuka peluang kepada perkongsian idea dan perspektif yang lebih luas, sekaligus memperkayakan hasil pembelajaran yang diperoleh sepanjang program.
Pendekatan transdisiplin yang diamalkan membolehkan setiap peserta mengintegrasikan kepakaran masing-masing bagi menghasilkan kaedah baharu yang lebih berkesan. Kerjasama antara pelbagai bidang ini memperkukuh kemampuan profesional kesihatan dalam mengaplikasikan analisis gait secara menyeluruh demi manfaat pesakit, sekali gus mengangkat taraf perkhidmatan kesihatan negara.
Kursus ini turut menonjolkan kerjasama strategik antara pakar Eropah dan komuniti ASEAN, khususnya dalam pemindahan pengetahuan dan teknologi terkini. Tenaga pengajar utama terdiri daripada wakil pakar gait dari Eropah yang diundang melalui ESMAC, membawa kepakaran dan pengalaman luas untuk dimanfaatkan oleh peserta tempatan dan serantau. Malahan pakar gait dari Eropah memuji kemudahan fasiliti bertaraf antarabangsa oleh Perkeso Malaysia.
Selain memberi impak dalam bidang perubatan dan rehabilitasi, program ini juga dijangka memberi kesan positif kepada arena sukan negara. Kaedah analisis gait yang lebih tepat membolehkan atlet mengenal pasti kelemahan biomekanik, memperbaiki teknik pergerakan, serta mengurangkan risiko kecederaan. Kerjasama bersama Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM yang juga merupakan pusat satelit ISN di bahagian zon Selatan adalah pendekatan yang selari dalam usaha meningkatkan prestasi atlet negara di pentas antarabangsa.
Penganjuran Kursus Lanjutan Analisis Gait tahun kedua ini membuktikan bahawa kolaborasi antarabangsa dan pendekatan multidisiplin adalah pemacu utama kemajuan dalam penjagaan kesihatan serta pembangunan sukan berprestasi tinggi. Malaysia kekal komited sebagai peneraju pembangunan teknologi dan kepakaran analisis gait di Asia Tenggara, demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan kecemerlangan sukan serantau.
Aliff Danial Azuan
Jurutera Penganalisa Gait
Summit Features Sdn. Bhd.
Pertubuhan Rehabilitasi Penjagaan dan Kesihatan Malaysia (MARCH)