Jaringan penalti pada minit ke-38 daripada Muhammad Safawi Rasid hasil daripada kombinasi serta persefahaman yang baik bersama Muhammad Akhyar Abdul Rahsid dengan hantaran satu dua membawa kepada terjahan keras daripada pemain pertahanan Kyrgyzstan yang sebelum itu menunjukan permainan yang baik sehingga menyukarkan pemain-pemain hadapan negara memecah kebuntuan mencari jaringan ketika membuka kempen Kumpulan E Sukan Asia 2018, semalam.
Walaupun pada awal-awal permainan pemain-pemain masih lagi gugup dan tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling dan tercari-cari rentak permaianan namun selepas itu berubah.
Selepas jaringan itu ia telah memberi keyakinan tinggi kepada pemain untuk mengawal permainan dengan hantaran-hantaran pendek dan memulakan serangan secara berperingkat-peringkat mengikut falsafah permainan yang dirancang Datuk Ong Kim Swee sehingga tamat permainan separuh masa pertama.
Namun, pada awal separuh masa kedua, permainan agak berbeza ditonjolkan skuad negara dengan memperlahankan rentak permainan sehingga memberi ruang kepada lawan untuk mendominasi permainan dan akhirnya jaringan penyamaan dilakukan oleh Batyrkanov Ernis pada minit ke 58.
Gol penyamaan lawan itu menyentap dan menyedarkan pemain negara daripada lamunan dan terus bangkit untuk memberi tentangan kepada Kyrgyzstan.
Permainan skuad negara kembali tersusun walaupun ada sedikit kegopohan daripada pemain namun itu tidak mengganggu rentak permainan dan pada minit ke-60 apabila Akhyar Rahsid kembali meletakkan Malaysia di hadapan 2-1 setelah menerima hantaran berkualiti daripada Safawi Rasid.
Gol itu tidak memperlahankan rentak permainan, sebaliknya skuad negara terus ghairah untuk memburu gol walaupun sesekali diberi tekanan oleh lawan.
Tetapi, anak-anak buah Kim Swee terus fokus dan akhirnya mendapat jaringan ketiga menerusi Syafiq Ahmad melalui serangan balas cantik yang bermula daripada hantaran jauh ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar kepada Safawi yang mengunakan kepantasannya untuk memperdaya benteng lawan sebelum melakukan hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol lawan yang menuju tepat kepada Syafiq.
Ini permulaan yang baik kepada skuad negara setelah mencipta kemenangan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E Sukan Asia 2018 dengan jaringan yang begitu selesa 3-1.
Namun, skuad negara perlu memperbaiki sedikit kelemahan terutama tidak boleh tergopoh-gopoh untuk melakukan serangan sehingga membuat kesilapan individu sekiranya berhadapan dengan pemain-pemain Korea Selatan yang mempunyai kemahiran teknikal individu yang baikm kepantasan, kekuatan mental dan fizikal esok.
Kita sama-sama berdoa dan memberi sokongan moral kepada skuad negara apabila berhadapan dengan Korea Selatan, sekiranya mengutip satu mata sudah memadai untuk membuka peluang ke peringkat seterusnya.