Malaysia bukan sahaja terkenal dengan atlet terbaik dunia, malah jurulatih negara juga amat menyerlah sehingga dicekup oleh negara lain.
Prestasi sukan negara terus naik sejak Program Jaya 98 untuk mempersiapkan atlet temasya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
Temasya itu menukar mentaliti masyarakat Malaysia yang yakin bahawa atlet negara boleh menggegar dunia.
Pemain terbaik skuasy negara, Datuk Nicol David, dan pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei, yang pernah menempa nama sebagai pemain nombor satu dunia bermula dengan program pada 1998 itu.
Secara tidak langsung apabila atlet semakin kompetitif, tahap kejurulatihan juga perlu ditingkatkan berkelas dunia.
Kebanyakan jurulatih negara yang menyerlah mempunyai pengalaman sebagai atlet antarabangsa.
Keupayaan jurulatih Malaysia yang berjaya menghasilkan atlet cemerlang dikenal pasti oleh organisasi sukan negara lain.
Baru-baru ini, bekas pemain bergu badminton negara, Jeremy Gan, menerima tawaran dari Persatuan Badminton Jepun untuk menjadi jurulatih bergu campuran dengan sasaran menghasilkan pemenang pingat dalam Sukan Olimpik 2020 Jepun.
Setelah 15 tahun berkhidmat untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan membantu menaikkan prestasi Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sebagai bergu campuran yang digeruni serta orang penting dalam kejayaan Goh V Shem-Tan Wee Kiong merangkul pingat perak Sukan Olimpik 2016, Jeremy ingin mencari lubuk dan cabaran baru sebagai jurulatih.
Antara bekas pemain badminton negara yang berkhidmat untuk negara lain ialah Tan Kim Her yang bertanggungjawab melatih pemain bergu India dan Wong Tat Meng kini di Scotland sebagai pengarah kejurulatihan.
Dengan kursus kejurulatihan yang ditawarkan oleh Institut Sukan Negara (ISN) dan pendedahan dalam sains sukan, jurulatih negara dapat menjalankan tugas dan menyediakan program latihan bertahap antarabangsa.
Selain sukan badminton, sukan skuasy juga kehilangan jurulatih berwibawa Ong Beng Hee yang beberapa bulan lalu berkhidmat untuk Persatuan Skuasy Qatar.
Beng Hee yang pernah berada di ranking ketujuh dunia berkongsi segala pengalamannya sebagai pemain profesional dan juga jurulatih tahap dua kepada pemain serta jurulatih tempatan Qatar sebagai pengarah kejurulatihan.
Antara perkara yang menjadi tarikan jurulatih negara menerima tawaran dari negara luar adalah tawaran gaji dan manfaat lain.
Apapun jika dilihat dari sudut positif, Malaysia mengeksport jurulatih kerana kualiti dan kewibawaan jurulatih tempatan.
Namun, pada masa yang sama, langkah-langkah dan model sesuai perlu ditawarkan supaya Malaysia dapat memastikan jurulatih terbaik negara terus berkhidmat untuk Malaysia.