Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam terutama sekali kepada para penonton Astro Arena.
Tahun ini saya beraya bersama rakan setugas Nadi Arena di pejabat dengan suasana yang sungguh meriah.
Kagum dengan rakan setugas yang beragama islam yang sanggup bertugas untuk memberi perkembangan terkini sukan buat peminat negara di saluran 802HD/801.
Mereka tidak sesekali merungut dan kelihatan gembira membawa ketupat,lemang,rendang,lontong,kuah kacang dan pizza juga disajikan.
Dalam situasi ini, saya berasa bersyukur dan bangga sebagai seorang rakyat Malaysia yang dapat bersama-sama meraikan semua perayaan dengan aman.
Tidak lupa juga para atlet negara yang berjauhan daripada keluarga tercinta kerana menjalani latihan atau beraksi dalam kejohanan di luar negara bagi memastikan
jalur gemilang berkibar.
Jauh mereka dari keluarga, jadi jika saya terlepas peluang beraya di Melaka tidaklah seteruk mana.
Pada pendapat saya, sepanjang Ramadan dan Aidilfitri banyak yang boleh para atlet jadikan pengajaran.
Umat Islam berpuasa selama sebulan dan ibu bapa juga mendorong kanak-kanak kecil untuk belajar berpuasa.
Dalam proses berpuasa, sudah pasti kekuatan mental, fizikal, spiritual dan emosi diperlukan.
Disiplin dan fokus dalam proses ini boleh dijadikan pengajaran kepada para atlet.
Selain itu, berhari raya bersama keluarga dan bermaaf-maafan sudah pasti menjadi pedoman kepada atlet.
Kejayaan seseorang atlet bukan kejayaan individu tetapi kejayaan pasukan dan pasukan sokongan.
Rakan sepasukan dan pasukan sokongan dianggap sebagai keluarga oleh atlet dan meluangkan lebih banyak masa bersama mereka daripada keluarga
sendiri.
Dalam perjalanan menjadi yang terbaik sudah tentu ada cabaran dan pertelingkahan berlaku. Di sinilah atlet wajar menyokong dan percaya antara satu sama lain.
Itulah yang selalu jiran Melayu Mak Mah di Kampung Batu Berendam ingatkan saya pada setiap Hari Raya, Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Selamat Hari Raya. Kosong-kosong!