RENCANA
Makin tua makin banyak ragam
Patrice Evra. Nama yang tidak asing lagi di arena bola sepak Eropah.
Dia merupakan antara pertahanan kiri terbaik di Manchester United yang terkenal dengan larian deras dan hantaran silang berbahaya.
Mencipta nama di Monaco sebelum berhijrah ke Old Trafford dan melakukan penampilan sebanyak 273 kali,Evra kemudian berhijrah ke Turin bersama Juventus sebelum kembali ke Perancis bersama Marseille.
Iklan
Di sebalik pelbagai anugerah bersama kelab dan pencapaian individu yang diperoleh, Evra tidak boleh lari dari sikap nakalnya. Dia pernah menjadi kapten Perancis dan memboikot sesi latihan selepas tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan, dan tindakannya itu menyaksikan Perancis tewas di peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2010.
Terbaru, Evra melakukan aksi kungfu ke atas penyokong kelab yang menyaksikannya dibuang dari kelab Marseille dan digantung daripada terlibat dengan bola sepak di Eropah oleh UEFA selama tujuh bulan.
Evra turut didenda RM49,000 dan penulis merasakan inilah pengakhiran sedih seorang legenda.
Evra sudah pun berusia 36 tahun dan ditambah lagi dengan tempoh penggantungan tujuh bulan, penulis merasakan sudah tiba masanya untuk dirinya menggantung but.
Apa yang terjadi kepada Evra mungkin boleh dijadikan teladan kepada pemain muda kini agar tidak bertindak mengikut perasaan. Sehebat mana pun pencapaian seorang pemain, namun sekelumit kesilapan yang dilakukan, insiden itulah yang akan diingati.
Must-Watch Video