Tujuh jam! Itu tempoh perjalanan yang terpaksa ditempuhi dari ibu kota Filipina, Manila ke New Clark City sempena temasya Sukan SEA Filipina 2019.
Berkongsi pengalaman itu ialah rakan saya yang tiba awal di bandar itu untuk menjalankan tugas sebagai sekretariat kontinjen Malaysia sepanjang temasya Sukan SEA berlangsung.
Rakan saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk sejurus bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino ke Clark City pada waktu puncak sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan.
Dia tiba di destinasi yang ditujunya sekitar jam 11.30 malam. Jadi, bayangkan tujuh jam tempoh perjalanan yang terpaksa ditempuhi. Di Malaysia, ia seperti dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Nasib baiklah, saya dan krew Astro Arena yang bertugas di Clark City tidak mengalami nasib sama ketika tiba di sini semalam.
Perjalanan kami dari Manila ke bandar itu memakan masa 4 jam setengah sahaja. Mungkin disebabkan kami tidak terperangkap dalam kesesakan trafik ketika keluar dari bandar Manila.
Sebenarnya jarak perjalanan dari Manila ke Clark City tidaklah begitu jauh. Ia hanya melibatkan sejauh 110.8 kilometer sahaja. Tapi kerana kesesakan lalu lintas, tempoh perjalanan itu mengambil masa yang lama.
Pendek kata, jarak perjalanan di sini tidak menentukan tempoh perjalanan, sebaliknya masa dan tempat yang menentukan jarak dan tempoh perjalanan.
Bukan apa, saya berkongsi pengalaman ini kerana beberapa kenalan saya mahu datang ke Filipina untuk menyaksikan beberapa acara dalam temasya Sukan SEA.
Selain bola sepak yang diadakan di Manila, mereka juga mahu melihat acara sukan lain seperti olahraga, renang dan terjun yang diadakan di Clark City serta bola tampar pantai yang diadakan di satu lagi daerah lain iaitu di Subic.
Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk datang ke sini terutama menyaksikan upacara perasmian pembukaan temasya Sukan SEA, rancanglah perjalanan anda sejurus tiba di Manila.
Mabuhay Filipina!