“Kami sentiasa melihat pasukan Harry Kane sering menjaringkan dua atau tiga gol.”
Itu ungkapan sinis pengendali Manchester City, Pep Guardiola, dua tahun lalu mengenai saingan beberapa pencabar merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris, termasuk Tottenham Hotspur.
Kenyataan itu jelas mengundang kemarahan penyokong Spurs yang menganggap pengurus dari Sepanyol itu memandang rendah keupayaan pemain selain Kane dalam skuad kendalian Mauricio Pochettino itu.
Namun, segalanya berbeza awal pagi tadi.
Biarpun City melayan kunjungan Spurs di Etihad dalam aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah tanpa kelibat Kane yang mengalami kecederaan, Guardiola tetap gagal mengemudi pasukannya melangkah ke separuh akhir apabila tewas menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas perlawanan berakhir seri 4-4 secara agregat.

Lebih memeritkan, kekalahan itu ditanggung selepas mereka meraikan jaringan Raheem Sterling pada minit akhir permainan — yang mampu membawa City ke kelompok empat terbaik — sebelum sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) membolehkan pengadil dari Turki, Cuneyt Cakir, mengesahkan Sergio Aguero berada dalam kedudukan ofsaid.
Aksi di Etihad awal pagi tadi sememangnya mampu tersenarai selaku salah satu pertemuan suku akhir paling mendebarkan tatkala City meraih kemenangan tanpa makna 4-3.
Masakan tidak, lima daripada tujuh jaringan yang terhasil diraih oleh kedua-dua pasukan dalam 21 minit yang pertama.
Malah, statistik menyaksikan City jelas mengungguli keseluruhan perlawanan apabila mencipta 20 percubaan dan melakukan 524 hantaran tepat, sekali gus mengatasi Spurs secara lebih daripada dua kali ganda yang meraih 236 hantaran tepat. Namun, tetap tewas.

Kekalahan dalam suku akhir itu semestinya meranapkan impian City untuk mengejar impian menjulang empat trofi utama musim ini, iaitu Liga Juara-Juara, Piala FA, Piala Liga serta Liga Perdana Inggeris.
Namun, mungkin fokus penuh boleh diberikan terhadap pemburuan liga domestik untuk mengekalkan trofi di Etihad tatkala pencabar terdekat, Liverpool, bakal sibuk menghadapi Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.
Apa yang penting, final Liga Juara-Juara musim ini bakal menampilkan sebuah pasukan yang bukan pilihan utama di permulaan kempen memandangkan satu lagi separuh akhir menemukan Spurs dan pembunuh muda Eropah, Ajax.