“Saya harap malam ini Malaysia akan tidur dengan lena kerana esok akan menjadi mimpi ngeri untuk mereka.”
Itu ungkapan penjaga gawang Thailand, Chatchai Budprom, sehari sebelum sepak mula aksi kedua saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2018 ketika sidang media, Isnin lalu.
Namun, tatkala tumpuan lebih terarah kepada skuad Gajah Perang itu yang bakal melayan kunjungan Harimau Malaya di depan penyokong sendiri, situasi berbeza berlaku.
Keangkuhan Chatchai ibarat memakan diri apabila pemain Bangkok Glass itu tewas dua kali, sekali gus membolehkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe mara ke final menerusi peraturan gol tempat lawan susulan keputusan seri 2-2 di Stadium Rajamangala, malam tadi.
Apa yang menarik, itu bukan kali pertama keyakinan melampau memberi padah buat juara bertahan itu.
Sebelum perlawanan separuh akhir pertama di Bukit Jalil, pengendali Thailand, Milovan Rajevac, dengan rasa optimis 100 peratus melaungkan perasaan tidak gentar untuk beraksi di depan lebih 80,000 penyokong tuan rumah.
"Ia bukan masalah langsung kerana sebagai pemain profesional, Thailand bersedia untuk memberikan persembahan terbaik, sama ada bermain di depan 100,000 penyokong atau hanya beratus penyokong saja," kata jurulatih kelahiran Serbia itu.
Walaupun dikenali sangat buas di depan gawang ekoran kutipan 15 gol untuk menjuarai Kumpulan B, statistik itu tampak seperti satu khayalan tatkala anak buah Cheng Hoe dilihat mudah menguasai hampir 75 peratus perlawanan di Bukit Jalil.
Malah, jura lima kali itu terpaksa bermain secara bertahan dan hanya diselamatkan oleh ketumpulan penyudah daripada penggempur Harimau Malaya seperti Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha dan Safawi Rasid.
Tidak mungkin seorang pengendali berpengalaman seperti Rajevac atau penjaga gol ‘kebal’ seperti Chatchai tidak mampu membaca corak permainan Malaysia berbekalkan sokongan padu di laman sendiri tetapi hanya ada satu ungkapan yang menafikan mereka daripada mara ke final, iaitu terlalu yakin.
Buat Chatchai, dua malam kami tidur lena kerana mimpi buruk hanyalah untuk anda.
Harimau Malaya, teruskan perjuangan untuk ulangi sejarah 2010.