Populariti bintang bola sepak muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Sama ada di alam maya atau warung kopi, Luqman menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air!
Malah, populariti Luqman juga sudah mula menenggelamkan nama beberapa pemain muda yang menjadi kegilaan gadis remaja di luar sana seperti Safawi Rashid dan Akhyar Rashid. Peh! Lain macam betul penangan anak muda Kelantan ini.
Tidak keterlaluan saya boleh katakan, netizen seolah olah menjadikan Luqman sebagai 'malaikat' yang mampu mengubah masa depan bola sepak negara terutama nasib skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Ini berlaku selepas skuad kebangsaan mempamer aksi hambar ketika berdepan Vietnam dalam aksi kelayakan di Hanoi awal bulan ini, yang menyaksikan tiada percubaan tepat dapat dilakukan oleh barisan serangan kendalian Tan Cheng Hoe.
Menyerlahkan skuad negara ketandusan penyerang berwibawa, netizen merumuskan kelibat penyerang berpengalaman negara, Norshahrul Idlan Talaha, tidak lagi relevan untuk tugasan antarabangsa tatkala mencanang Luqman untuk menyelesaikan masalah itu.
Cadangan yang bernas?
Saya terus mendapatkan komen daripada bekas jurulatih negara, B. Sathianathan, tatkala pengendali Harimau Malaya, Cheng Hoe, dan jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, mengambil pendekatan enggan terburu-buru menyenaraikan pemain itu dalam skuad utama masing-masing.
Sathia menyimpulkan beberapa perkara kenapa Luqman belum bersedia untuk beraksi bersama skuad senior contohnya seperti Zainal Abidin Hassan yang sudah mewakili negara pada usia 17 tahun.
Ujar Satia mudah, Zainal pada usia itu sudah beraksi bersama dengan pemain lebih senior dalam kancah liga tempatan berbanding Luqman yang hanya beraksi bersama pemain seusia dengannnya walaupun didedahkan dengan kejohanan di peringkat antarabangsa.
Perkara kedua yang ditegaskan Satia adalah Luqman akan menerima impak berlainan jika eksperimen terhadapnya tidak menjadi. Paling membimbangkan, adalah risiko kecederaan serius pada usia muda.
Intensiti perlawanan sudah pasti berbeza di peringkat lebih tinggi dan jika nasib buruk menimpa Luqman, sudah pasti keyakinan untuk bermain selepas itu akan terjejas apatah lagi difahamkan Luqman mempunyai rekod kecederaan ketika berada di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
Saya berasakan pandangan itu ada rasionalnya kerana ramai juga kenalan saya daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) tidak kemana kerana mengalami kecederaan serius pada usia muda!
Jadi, ada baiknya kita lebih bersikap rasional dan berfikiran terbuka mengenai masa depan Luqman dan juga skuad Harimau Malaya.
Kerana apa? kerana Luqman bukan 'Malaikat'.