Bukan semua keputusan untuk meninggalkan sesebuah kelab menjadi tindakan tepat buat setiap pemain tetapi ia mungkin antara kenangan indah Romelu Lukaku sebaik sahaja menyertai Inter Milan daripada Manchester United.
Jumlah 42 gol dalam dua musim tempoh dia berkelana di Old Trafford dilihat tidak cukup untuk penggempur Belgium itu memuaskan hati peminat United sehingga memaksanya memilih berhijrah ke Itali.
Ternyata langkah itu berhasil. Tatkala United bergelut untuk berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris, Marcus Rashford ditimpa kecederaan panjang sehingga menyebabkan dia bakal berehat selama tiga bulan, Lukaku terus menyinar di pentas Serie A menerusi kutipan 14 gol sekali gus membantu skuad kendalian Antonio Conte itu muncul pencabar utama buat juara bertahan, Juventus.
Bekas penyerang Everton dan Chelsea itu juga dengan lantang menyatakan keyakinan bahawa meninggalkan United adalah langkah tepat buatnya.
"Saya tidak beraksi di tahap terbaik dan tidak dapat bermain. Saya fikir lebih baik kami berpisah. Saya rasa telah membuat keputusan tepat," katanya dalam laporan Telegraph.
Tidak dinafikan, antara faktor yang membawa kepada kembalinya sentuhan pemusnah Lukaku di depan gawang lawan adalah Conte dan dalam artikel milik Jordan Seward di laman Mail Online, penyerang utama Belgium itu mendedahkan pendekatan yang dilakukan pengendali itu.
"Saya masih ingat aksi pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Slavia Prague, di mana saya beraksi dengan sangat buruk. Diibaratkan seperti sampah, Conte memberitahu perkara itu di depan semua rakan sepasukan. Ia tidak pernah berlaku dalam karier saya.
"Conte memberitahu, saya akan dibawa keluar selepas lima minit jika menampilkan persembahan sama dalam aksi seterusnya."
Ternyata pendekatan yang dilakukan Conte itu berbaloi, menyaksikan Lukaku terus cemerlang mencipta gandingan bersama Lautaro Martinez di barisan depan.
Hasil daripada tindakan pengurus itu juga, Lukaku mengakui dia berjaya menampilkan salah satu persembahan terbaiknya musim ini dalam pertemuan setempat menentang AC Milan, selepas itu.
Ibarat bapa memarahi anak, tidak kira pahit atau manis, ia tetap untuk kebaikan, sama seperti apa yang cuba dilakukan oleh Conte buat Lukaku.