Skip to main content

Rencana

Lima calon pengganti Wenger

wnger5318.jpg
Permainan mencari "pengganti Arsene Wenger" hadir lagi, selepas Arsenal tidak henti-henti dihimpit kekalahan.

Kekalahan 3-0 berturut-turut kepada Manchester City (dalam aksi final Piala EFL dan Liga Perdana Inggeris), mereka dijangka bangkit untuk melakar kemenangan ke atas Brighton and Hove Albion semalam tetapi sebaliknya yang berlaku apabila tewas 2-1 di Stadium Amex.

Keadaan yang semakin tenat buat The Gunners secara tidak langsung memaksa kelab itu untuk tidak lagi menggunakan khidmat Wenger yang semakin ketandusan idea.

Penghujung musim lalu, Wenger telah menandatangani kontrak baru -- yang sepatutnya berakhir pada tahun 2019 -- tetapi berkemungkinan besar beliau akan mengundurkan diri ataupun kelab terpaksa memecatnya walaupun beliau diangkat sebagai ikon di Stadium Emirates. 

Dan jika beliau meninggalkan Arsenal, pengurus manakah yang paling bersesuaian untuk mengambil alih tugasnya?

Leonardo Jardim - Monaco

Bersama Monaco, Jardim memiliki jejak langkah yang sama seperti Wenger apabila berusaha untuk menghasilkan skuad yang sempurna; membentuk pasukan dengan pemain-pemain muda yang beraksi dalam kancah utama Ligue 1. 

Muncul juara liga musim 2016-17 dengan menghentikan dominasi Paris Saint-Germain (PSG), Jardim gagal mengulangi kejayaan itu selepas pemain-pemain utamanya telah berhijrah (termasuk bintang muda, Kylian Mbappe), tetapi masih lagi mampu berada di kedudukan Ligue 1 musim ini.

Pada usia 43, Jardim masih lagi muda untuk membawa sesuatu yang baru ke dalam kelab tetapi memiliki pengalaman yang mampu digunakan jika menyertai Arsenal. Secara tidak langsung boleh membawa Thomas Lemar bersamanya ke England.

Joachim Low - Germany

Low membawa Jerman untuk muncul juara Piala Dunia pada 2014 dan akan berusaha untuk mengulangi kejayaannya musim panas ini tetapi beliau dilihat sebagai pilihan yang mampu mengejutkan kerana beliau tidak pernah mengendalikan kelab-kelab ternama.

Mengemudi Stuttgart untuk muncul juara Piala UEFA pada 1998, beliau menimba pengalaman di Turki dan Austria sebelum mengambil alih Die Mannschaft pada 2004. 

Low merupakan pilihan utama jika kelab mahu mendapatkan khidmat pengendali kelahiran Jerman -- dan terutama sekali kehadiran Mesut Ozil di dalam kelab.  Harus diingatkan, Low masih lagi belum membuktikan apa-apa dalam saingan utama liga.

Brendan Rodgers - Celtic

Benar, Rodgers hampir membantu Liverpool menjuarai EPL pada 2014, beliau turut mengulangi kejayaan "Invincibles" bersama Celtic selepas tidak tewas dalam sebarang perlawanan musim lalu. Tetapi Liga Perdana Scotland tidak mempamerkan saingan yang lebih tinggi jika dibandingkan di England.

Carlo Ancelotti - tiada kelab

Pengendali veteran dari Itali itu merupakan pilihan yang selamat buat Arsenal, terutama sekali jika memerlukan seorang yang mampu mengambil alih dan memberikan impak dalam tempoh yang singkat. 

Ancelotti telah memenangi gelaran bersama kelab-kelab yang disertainya dan memiliki rekod selaku pengendali yang paling menarik. 

Pada usia 58 tahun, beliau masih lagi mempunyai tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun untuk mengendalikan sesebuah pasukan di peringkat tertinggi. Beliau juga merupakan pilihan terbaik untuk memastikan Arsenal kembali dalam kelompok empat terbaik.

Massimiliano Allegri - Juventus

Allegri dilihat sebagai pilihan nombor satu untuk mengambil alih tugas pengurus Arsenal musim panas ini. Dengan kehadiran Antonio Conte bersama Chelsea telah memberikan kejayaan pada musim pertamanya, Allegri dilihat mampu memberikan impak yang sama jika beliau meninggalkan Juventus untuk mengharungi cabaran di England.

Penekanannya terhadap asas bertahan yang lebih ampuh merupakan suatu kualiti yang tidak dimiliki oleh Wenger, sesuatu yang amat diperlukan buat kelab ini.

Kredit: espn.com

 

Advertisement

Must Watch Video