Lewis Hamilton muncul juara dunia lima kali Formula 1 (F1) dan membantu pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport muncul juara kategori pengeluar buat kali kelima berturut-turut.
Turut popular daripada kejayaan ini adalah Petronas yang merupakan syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia yang memainkan peranan penting dalam kecemerlangan pasukan Mercedes sebagai penaja utama sejak 2010.
Pelumbaan F1 mendapat pendedahan berbilion orang di seluruh dunia telah membawa populariti dan kredibiiti jenama Petronas ke tahap mengagumkan dan dipandang tinggi.
Rakan strategik bersama Mercedes amat bijak, lebih-lebih lagi diperkuatkan oleh pemandu berbakat, Hamilton, yang menjuarai F1 pada tahun 2008, 2014, 2015, 2017 dan 2018. Pada 2016, pemandu Jerman, Nico Rosberg, membawa kejuaraan kepada Mercedes dan kemudian mengambil keputusan untuk bersara.
mengapa Hamilton, pemandu Britain berusia 33, ini dapat menguasai F1?
Ini antara jawapan dari para peminat setia Mercedes-AMG Petronas dari seluruh dunia.
1. Hamilton sentiasa mencari kesempurnaan. Dia juga sering merujuk kembali analisis video prestasi pemanduan di litar dan melihat laporan penuh data selepas perlumbaan.
2. Kekuatan mental pada tahap tertinggi dalam suasana yang amat kompetitif.
3. Bakat luar biasa sejak mula berkecimpung dalam Go-Kart sehingga ke F1.
4. Kemampuan membaca strategi dan pergerakan pencabar.
5. Kekuasaan enjin Mercedes dan pasukan teknikal yang efisien.
6. Pasukan kurang kesilapan dan pantas cari solusi terbaik dalam situasi sukar.
7. Bantuan kewangan dari penaja utama, Petronas, memastikan pentadbiran pasukan dan penyelidikan jentera paling optimum.