Selain daripada tempat pelancongan menarik dan makanannya yang enak, Thailand juga memiliki banyak karya seni yang bagus. Sudah pasti anda pernah menonton filem seram Thailand seperti Nang Nak. Penulis pula sukakan karya komedi romantik mereka yang tidak 'cliche' dan ada identiti tersendiri - berbeza dengan Hollywood atau K-drama.
Tahun lalu, penulis pernah melihat poster filem menarik berkisarkan bola sepak 'You & Me XXX' secara online - cuma tak berkesempatan menonton kerana tiada pilihan sarikata disediakan. Rasa rugi juga kerana ramai pemain bola sepak Thailand yang membuat penampilan khas, termasuklah Adisak Kraisorn.
Rupanya rezeki penulis menonton Adisak Kraisorn beraksi dalam rancangan lain - Piala Suzuki AFF 2018 dimana episod satu telah memberikan penulis rasa gundah, apakah pengakhiran Sang Harimau Malaya selepas segala usaha tidak membuahkan hasil di Bukit Jalil.
Penangan tidur lena di Bangkok, dua kali Harimau Malaya bangkit dari ketinggalan sebelum insiden pada lewat permainan berakhir dengan kegagalan Adisak Kraisorn menyempurnakan sepakan penalti untuk Malaysia ke final dengan kelebihan gol di tempat lawan.
Adisak Kraisorn, sekali lagi gagal mendapatkan watak hero walaupun figura itu menjadi mimpi ngeri mana-mana penjaga gol yang berdepan pasukan Gajah Perang dalam kempen kali ini. Farizal Marlias adalah salah seorang daripadanya. Sebaik benteng terakhir negara ini bergerak ke kiri tiang gol, degupan jantung ini cukup laju menandakan nasib Malaysia hanya bergantung kepada rembatan penjaring terbanyak kejohanan ini.
Hanya satu nafas, satu daya yang menghasilkan hayunan kaki yang menggerakkan bola melepasi tiang gol membezakan status Adisak Kraisorn 'from hero to zero'. Sukar untuk digambarkan pemain yang mencetak hatrik berganda ketika aksi pembukaan Thailand dan Timor Leste ini akan turut menjadi mangsa tekanan dihadapan penyokong sendiri.
Pada ketika itu juga sebenarnya, menanti nasib yang sama untuk dihitung adalah penjaring gol pertama negara di Stadium Rajamangala, Syahmi Safari.
Dia memiliki rekod baik setakat ini, dengan rembatan jarak jauh yang memukau telah menjadikan dia calon paling layak diangkat sebagai hero - selain berjaya mendapat perhatian peminat bola sepak Asia Tenggara sehingga ada yang menyamakan gol itu seperti jaringan Pierre-Emerick Aubameyang untuk Arsenal baru-baru ini.
Kehebatan pemain muda berasal dari Selangor ini turut menjadi pencetus kepada jaringan menarik Norshahrul Idlan Talaha selepas itu - maka boleh kita katakan, insiden kad merah pada lewat permainan ekoran bola tangannya itu secara automatiknya dimaafkan penyokong. Biasalah, hero mana yang tidak buat silap.
Kredit foto: FOX SPORTS Asia