RENCANA
Lang Merah dan Gergasi Merah tumbang
Skuad Lang Merah kendalian Ramon Marcote tewas mengejut dalam perlawanan sengit berdepan The City Boys di laman lawan.
Tidak dapat dinafikan perlawanan dikuasai skuad Kedah yang melakukan 21 percubaan ke arah gawang gol dengan tiga darinya berjaya menggegar jaring. Walaubagaimanapun, skuad Lang Merah tetap pulang dengan tangan kosong apabila mereka dibolosi empat kali. Empat kali yang berpunca dari kesilapan mudah benteng pertahanan.
Ibarat tuah tidak menyebelahi mereka, ketua pasukan Khairul Helmi Johari melakukan beberapa kesilapan mudah , selain kesilapan minit akhir Ifwat yang gagal menangkap kemas bola menyaksikan Kuala Lumpur berjaya muncul pemenang sewaktu wisel penamat ditiupkan.
Iklan
Penulis sendiri seakan tidak percaya dengan nasib yang menimpa Kedah dan tuah yang memihak Kuala Lumpur namun itulah bola sepak.
Skrip lebih buruk menimpa skuad kendalian P. Maniam apabila terus dirundung malang dibelasah Perak 3-0 di Stadium TLDM. Kerapuhan barisan pertahanan jelas kelihatan apabila ketiga-tiga gol dibolosi pada separuh masa pertama yang sekaligus mematikan harapan Selangor untuk kembali bangkit. Layangan kad merah ke atas William Silva Costa juga turut merencatkan perancangan yang diatur oleh P. Maniam.
Kedah dan Selangor masing-masing kini menduduki tangga ketujuh dan kelapan liga dengan enam mata selepas lima perlawanan. Penulis mengharapkan agar kedua-dua pasukan gergasi ini mampu kembali bangkit dalam perlawanan seterusnya dimana mereka akan beraksi untuk saingan Piala FA.
Kedah akan berdepan dengan pasukan Tok Gajah, manakala Selangor bertandang ke Kuala Terengganu melayani skuad bimbingan Irfan Bakti.
Kredit: Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah -
Must-Watch Video