Skip to main content

Rencana

Laluan penuh berliku buat Origi

origi.jpg
Divock Origi menjaringkan gol kemenangan dalam aksi ‘derby’ Merseyside, menyaksikan Liverpool bernasib baik untuk mengatasi Everton 1-0, Ahad lalu. Ia merupakan gol pertama Origi buat The Reds sejak Mei 2017. Tetapi adakah masa depannya masih lagi selamat bersama Liverpool?
 

Musim lalu, pemain kebangsaan Belgium itu menyertai saingan Bundesliga untuk bersama VFL Wolfsburg secara pinjaman sepanjang musim.
 
Wolfsburg gagal memberikan impak apabila terpaksa bersaing dalam perlawanan playoff penyingkiran. Origi berjaya menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika membantu pasukan mengatasi Holstein Kiel.
 
Wolfsburg, yang menamatkan saingan di tempat ke-16, menjadi cerminan buat persembahan Origi. Dia merupakan bintang utama kelab Jerman itu selepas tampil dalam 31 perlawanan dengan hanya sembilan kali hadir sebagai pemain gantian. Sepanjang musim, Origi sekadar menjaringkan enam gol dan dua bantuan jaringan dalam saingan Bundesliga.
 
Kembali ke Melwood selepas pinjamannya berakhir, Origi mengambil bahagian dalam saingan pra-musim Liverpool. Setakat ini, dia hanya diturunkan beraksi untuk Liverpool selama 18 minit, termasuk enam minit ketika meraih kemenangan ke atas Everton itu.
 
Persaingan yang sengit dalam kalangan pemain-pemain utama Liverpool menyukarkan peluang buat dirinya membuktikan kebolehannya tetapi dia kini sudah berusia 23 tahun dan terdapat beberapa keputusan penting yang harus dilakukan bagi memastikan dia mampu mencapai tahap kemuncak dalam kariernya.
 
Pilihan 1: Bersaing merebut tempat
 
Walaupun kurang beraksi tetapi jaringannya ke atas Everton akan membuka mata Jurgen Klopp. Dia telah menjaringkan gol dalam tiga aksi berdepan Everton dan sentiasa tampil dalam perlawanan utama.
 
Jika dia mampu membuktikan kebolehannya kepada Klopp, penyokong dan seluruh kelab, dia mampu bersaing untuk mendapatkan tempat. Jaringan menjadi keutamaan.
 
Dalam saingan musim yang panjang, seorang pemain harus hadir untuk meledak gol untuk pasukan bagi memastikan gelaran mampu diraih dan jika Origi mampu melakukannya, dengan bantuan Sturridge dari bangku simpanan, ia secara tidak langsung akan mengubah nasib The Reds musim ini.
 
Pilihan 2: Bukti kebolehan bersama kelab pinjaman
 
Satu lagi pilihan buat Origi adalah dia memiliki kesempatan untuk dipinjamkan ke kelab lain. Selepas mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Wolfsburg, ia akan mengecewakan dirinya selepas kembali ke Liverpool untuk berada di bangku simpanan.
 
Membenarkan Origi dipinjamkan bagi mendapatkan masa beraksi secara tidak langsung meningkatkan tahap keyakinannya untuk menjaringkan gol.
 
Pilihan 3: Tinggalkan Liverpool
 

Dia mungkin telah menepis sebarang unsur-unsur negatif di sekelilingnya selepas menjadi wira pasukan ketika mengatasi Everton, tetapi ia masih belum cukup untuk Klopp serta barisan kejurulatihan memberikan peluang untuk Origi tampil beraksi dengan lebih kerap. Pada usia 23 tahun, Origi harus memikirkan mengenai hala tuju masa depannya sebagai pemain bola sepak.
 
Pasukan seperti Wolverhampton dan Besiktas telah dikaitkan dengan Origi pada Januari ini dan ia merupakan perpindahan yang baik buat dirinya.
 
Jika dia mengambil keputusan untuk menyertai skuad bimbingan Espirito Santo di Wolves, dia bakal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama berbekalkan kebolehan yang dimilikinya.
 
Menyertai Besiktas membenarkan Origi untuk kerap beraksi dalam saingan Eropah dan berpeluang untuk menyerlahkan bakatnya bagi mendapatkan tempat dalam skuad utama Eropah pada masa akan datang.
 
 

Advertisement

Must Watch Video