Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menampung gaji £120,000 (RM655,563) seminggu yang dinikmati Manuel Ugarte di Manchester United selama setahun.
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bakal menerima pampasan sekitar £5.78 juta (RM23j) di bawah Program Perlindungan Kelab FIFA akibat kecederaan lutut serius yang akan memakan masa setahun untuk kembali beraksi.
Pemain tengah itu pada awalnya dijangka membawa haluan baru menjelang kempen musim depan, namun kecederaan lutut yang menimpanya dalam Piala Dunia 2026 ketika memperkuatkan Uruguay terpaksa dibayar dengan harga mahal dengan program itu akan diaktifkan selepas 28 hari pertama.