Tiga personaliti bola sepak Eropah, Zinedine Zidane, Cristiano Ronaldo dan Olivier Giroud masing-masing kini sedang melalui perjalanan berbeza dalam karier mereka.
Jika pada 2018, Real Madrid berjaya meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut di Kyiv, kali ini ceritanya berbeza biarpun berlaku di lokasi yang sama. Los Blancos tewas 2-0 kepada Shakhtar Donetsk buat kali kedua yang sekaligus menyukarkan peluang mereka untuk mara ke peringkat kalah mati. Biarpun peluang masih belum tertutup sepenuhnya, namun banyak pihak sudah mula mendesak agar Zidane meletakkan jawatan selaku jurulatih.
Bukan sahaja kerana prestasi di Liga Juara Juara Eropah, akan tetapi kedudukan semasa di liga turut dipersoalkan selepas Real Madrid sekadar menduduki tangga ke 4 selepas 10 perlawanan di belakang Real Sociedad, Atletico Madrid dan Villareal.
Real Madrid wajib menang pada perlawanan terakhir menentang Borussia Monchengladbach dan ZIdane sendiri optimis anak-anak buahnya mampu layak ke peringkat kalah mati
Bekas anak buah Zidane, Cristiano Ronaldo pula terus dan terus beraksi cemerlang apabila meledakkan gol ke 750 dalam karier profesionalnya dan membantu Juventus meraih kemenangan ke atas Dynamo Kyiv. Juventus sudah pun layak ke peringkat kalah mati dan pertemuan terakhir peringkat kumpulan berdepan Barcelona adalah sekadar menentukan siapa yang akan menjadi juara kumpulan.
Memasuki usia 36 tahun, Ronaldo yang baru pulih dari dijangkiti covid-19 terus membuktikan usia bukanlah penghalang buatnya menjaringkan gol. Dengan 170 gol buat Portugal dan selebihnya buat kelab yang diwakili, perjalanan kariernya pasti lengkap jika mampu meraih kejuaraan UCL bersama Juventus selepas melakukannya bersama Manchester United dan Real Madrid.
Bagi penyerang Chelsea, Olivier Giroud, kekurangan minit permainan di Liga Perdana Inggeris ternyata mengecewakan pemain antarbangsa Perancis itu, namun peluang yang diberikan pada waktu Chelsea menentang Sevilla dimanfaatkan sepenuhnya apabila meledakkan empat gol.
Sekaligus, Giroud mencipta rekod selaku pemain tertua meledakkan hatrik dalam kejohanan UCL sejak pemain Hungary, Ferenc Puskas melakukannya pada 1965. Lebih menarik, Giroud muncul pemain pertama menjaringkan empat gol selepas kali terkahir dilakukan Cristiano Ronaldo lima tahun lalu.
Tambah menarik, Giroud meledakkan empat gol menggunakan kaki kanan, kiri dan tandukan selain menyudahkan penalti yang sekaligus mungkin membuka mata pengendali Chelsea, Frank Lampard untuk mempertimbangkan kelibat Giroud dalam kesebelasan utamanya.