Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala FA: Ini berita gembira buat JDT sebelum sepak mula

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

TMJ

"Tapi, kalau menang."

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengumumkan berita gembira buat penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang perlawanan akhir Piala FA bertemu Sabah, malam ini.

Advertisement

Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjawab persoalan peminat berkenaan kelaziman peminat Harimau Selatan sekiranya berjaya merangkul kejuaraan.

Negeri Johor akan dikurnia cuti peristiwa pada esok (15 Disember) skuad kendalian Xisco Munoz itu berhasil membawa pulang Piala FA buat kali keempat berturut-turut.

"Memang cuti. Tapi, jika kita menang.

"Kalau kalah, tiada cuti," kata baginda minggu lalu.

Fakta menarik bagi pertembungan dua gergasi Liga Super itu memandangkan kedua-dua kelab hadir dengan reputasi berbeza.

JDT bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selaku juara bertahan, manakala Sabah mara ke final selepas kali terakhir sejak 27 tahun lalu.

Dan, ini merupakan ulangan aksi akhir pada 1998 membabitkan kedua-dua pasukan.

 

Must Watch Video