Lompatan sejauh 7.71m (meter) sudah cukup untuk meletakkan jaguh lompat jauh negara, Andre Anura Anuar, sebagai juara untuk membawa pulang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 di Bangkok, sebentar tadi.
Lompatan emas atlet kelahiran Sabah itu itu mengenepikan cabaran wakil Filipina, Janry Ubas, dengan lompatan sejauh 7.64m dan wakil Singapura, Andrew Medina, (7.53m) di tempat ketiga.
Advertisement
Andre menambah koleksi pingatnya dalam edisi dwitahunan itu tahun ini selepas meraih perak dalam acara lompat kijang sebelum ini.
"Finalis tadi termasuk saya tadi ada dua orang yang pernah buat lompatan 8 meter termasuk saya, saya kenali mereka dan pernah bersaing dengan mereka, mereka semua kaki lawan tetapi itulah perlu bertenang dan jangan terlalu tertekan dan sentiasa dengan cakap jurulatih.
"Saya cuba kawal emosi dan sedang bayangkan saya sudah menang agar tidak tertekan. Aksi kali ini memang penuh tekanan." katanya.