Biarpun upacara pembukaan Sukan SEA 2019 belum lagi dilangsungkan secara rasmi, Sukan SEA ke -30 di Filipina itu sudah pun membuka tirainya dengan beberapa acara sukan seperti bola sepak telah bermula sejak 25 November lalu.
Penulis yang terlibat secara langsung dengan aksi di Manila dan Clark, yang merupakan venue utama untuk Sukan Sea kali ini, berpeluang menyaksikan sendiri aksi skuad bawah 23 tahun negara dalam perlawanan pertama menentang Myanmar yang berakhir dengan keputusan seri. Penulis tidak mahu komen mengenai prestasi anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee itu yang penulis sifatkan masih belum panas selepas aksi pertama.
Apa yang menjadi tumpuan penulis adalah bagaimana persiapan tuan rumah, iaitu negara Filipina, yang penulis sifatkan seperti tidak mengambil berat temasya dwi tahunan ini.
Bayangkan, perlawanan bola sepak di Stadium Memorial Rizal, stadium itu sendiri masih belum siap ditambah baik dengan terlihat kelibat pekerja membancuh simen, mengangkat batu bata dan mengecat sebahagian stadium, dikala perlawanan rasmi Sukan SEA sedang berlangsung.
Itu belum dikira fasiliti bagi pihak media untuk mendapatkan maklumat, kawasan sidang media yang masih belum siap sepenuhnya dan kesukaran untuk memasuki zon atlet biarpun mempunyai pas selaku media. Hal sebegini tidak seharusnya berlaku memandangkan keputusan memilih Filipina selaku tuan rumah Sukan SEA 2019 telah dibuat sejak 2016! Pergi sahaja ke Twitter akaun wartawan Astro Arena, Adam Zamri, mahupun Pengarang Urusan Astro Arena , Ahmad Khawari Isa, kerana di sana turut dikongsikan bagaimana mereka berdepan situasi sukar yang sama sekali tidak dijangka untuk Sukan SEA 2019.
Hal ini turut dipersetujui oleh beberapa media negara lain seperti Thailand dan Indonesia, malah media dari Filipina sendiri tidak berpuas hati dengan persiapan negara mereka! Diharapkan, sebelum upacara pembukaan bermula nanti, segala masalah yang melanda dapat diselesaikan segera untuk kemudahan petugas media dalam memberikan perkembangan terkini khususnya pasukan Malaysia untuk para peminat di tanah air.
Dalam pada itu, bagi pembaca yang mahu melihat sisi lain sepanjang Sukan SEA 2019, boleh ke Youtube Astro Arena dan cari “Kumusta Astro Arena” kerana penulis turut menyediakan vlog untuk tatapan para peminat sukan tanah air. Penulis berkongsi pengalaman peribadi penulis sepanjang berlangsungnya Sukan SEA dari 25 November hingga 11 Disember.
Tidak dilupa, anda boleh mendapatkan liputan terkini Sukan SEA di saluran 802HD/801 setiap hari siang dan malam!