Skip to main content

Rencana

Korban nyawa dahulu, tergadah kemudian

malaysia-piala-aff2.jpg
Tragedi Hillsborough meragut 96 nyawa dan mendatangkan kecederaan kepada 766 penyokong bola sepak Liverpool dan Nottingham Forest ketika aksi separuh akhir Piala FA 1989.

Pencetus kepada detik hitam dalam sejarah bola sepak dunia ini adalah atas dasar limpahan dan kemudian bertukar rempuhan penyokong yang membanjiri Stadium Hillsborough di Sheffield.

Apa yang terjadi pada 15 April 1989 itu memadai untuk dijadikan pengajaran kepada mana-mana persatuan bola sepak dunia agar tidak lagi ada pengulangan insiden seperti ini.

Mengembara bersama pasukan kesayangan anda dalam perlawanan bersejarah sepatutnya menjadi pengalaman dikenang seumur hidup.

Untuk wang ringgit dibelanjakan hasil kerahan keringat juga sewajarnya dipulangkan dengan keselesaan dan jaminan keselamatan.

Stadium Nasional, Bukit Jalil, 11 Disember 2018 menyaksikan kehadiran menakjubkan penyokong bola sepak tanah air, begitu juga kunjungan dengan kontinjen Vietnam dalam aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2018.

Tiket yang dijual adalah 80,000. Kehadiran rasmi diumumkan 88,000 namun yang tular dan menjadi wajah kepada realiti sebenar adalah lebih daripada jumlah itu.

Bayangkan, lebih 100,000 nyawa berada dalam kawasan terbatas untuk satu angka demi mengelak malapetaka.

Di media sosial, tidak kurang juga kisah pecah amanah seperti penjualan semula tiket, hulur RM50 untuk masuk terus ke Stadium.

Sudah tiba masanya cadangan bernas seperti tempat duduk bernombor dilaksanakan buat venue ternama seperti SNBJ.

Ini bukan kali pertama dan ini bukan kali terakhir, jangan sampai ada yang terkorban nyawa baru nak tergadah.

Advertisement

Must Watch Video