Skip to main content

Rencana

Kontroversi Malaysia-Indonesia tiada penghujung?

mas-ina.jpg
Kalau bercinta, manisnya tiada penghujung.

Namun, lain pula ceritanya jika memilih untuk jadi seteru.

Saban waktu kita akan disajikan dengan kontroversi terkini melibatkan Malaysia dan Indonesia.

Semakin hampir penganjuran Sukan Asia, semakin galak cerita kurang enak melibatkan dua negara serumpun ini.

Penulis menjangkakan isu ini selesai sebaik tamat penganjuran Piala AFF bawah19 tahun yang menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama bulan lalu.

Namun belum sempat skuad bawah 16 tahun negara jejak kaki ke bumi bertuah Surabaya, timbul pula isu baru penggunaan bendera Indonesia yang kononnya sengaja di terbalikkan oleh pemain negara yang tidak dapat di pastikan niat sebenar pemain ini.

Hakikatnya pemain ini sudahpun membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) segalanya sudah di lakukan bagi menjernih keadaan tetapi bak kata orang putih ‘the damage is done’. 

PSSI terima permohonan maaf pemain negara tetapi siapa yang berani jamin, kemaafan lebih 262 juta rakyat Indonesia yang sudah pastinya berang dan semakin bertambah api kebencian mereka.

Hakikatnya dari pihak Malaysia sendiri ada berlaku kesilapan dan di pihak sana pula menggunakan kesilapan untuk memperbesarkan lagi situasi yang sememangnya sudah tegang.

Dalam hal sebegini, semua pihak perlu memainkan peranan. 

Selain menjadi tanggungjawab pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memastikan tiada sebarang isu yang mampu sentuh sentimen terutama melibatkan kenyataan daripada pemain atau jurulatih.

Tidak salah bertanya kalau tidak pasti, buat rujukan sekiranya perlu, demi memastikan ia tidak berulang dan  pendedahan serta pembelajaran daripada pemain perlu jadi perkara wajib, selepas ini.

Bukan apa, kalau asyik bertelingkah, saling berbalas, semua ini hanya membuatkan keadaan akan bertambah buruk.

Biarlah kita berada di pihak yang mahu mengecilkan risiko, sekurang kurangnya kita menjaga adab dan tatasusila yang menjadi sebahagian dari rukun negara yang amat kita sayangi ini.
 

Advertisement

Must Watch Video