Skip to main content

Rencana

Komunikasi dan bekerjasama penting untuk mencapai matlamat

01092016harimaumalaysia.jpg
Kejayaan skuad Malaysia B22 mengikat pasukan B-22 Bahrain dalam perlawanan persahabatan tempoh hari melegakan sedikit pengurusan kejurulatihan pasukan tentang persembahan pemain-pemainnya.

Dengan persembahan yang meyakinkan setiap individu, telah meletakkan harapan kepada pemain-pemain muda ini suatu hari nanti mampu mengembalikan sedikit keyakinan kepada peminat dalam memertabatkan bola sepak Negara diperingkat Asia terutamanya, apatah lagi skuad ini mempunyai visi dalam memburu pingat emas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Namun dalam perkembangan positif ini ada juga permasalahan yang berlaku di antara persatauan negeri dan pengurusan skuad B-22 Malaysia ini, di mana pegurusan jurulatih ingin menyatukan mereka dalam satu bumbung untuk jangka masa yang panjang bagi melatih dan mengikut perancangan yang diatur bagi mencari persefahaman sehingga Sukan SEA 2017.

Tetapi pada pandangan saya, ini hanya halangan kecil di mana pengurusan pasukan dan kejurulatihan perlu bijak dalam menyusun jadual serta perlawanan persahabatan serta menyusun program untuk pemain-pemain ini supaya dapat dipraktikkan serta memantau dan juga berkomunikasi dengan jurulatih-jurulatih kelab mereka.

Ia juga dapat memastikan jurulatih-jurulatih ini membantu membentuk prestasi pemain-pemain dibawah program Sukan SEA ini. 

Kepada persatauan dan kelab dapatlah sekiranya memberi kerjasama yang terbaik demi bola sepak negara terutama dalam mengangkat kembali dan menjaga maruah negara di Sukan Sea Kuala Lumpur nanti.

Advertisement

Must Watch Video