Daripada lawan yang ditundukkan dalam final Liga Juara-Juara, jurulatihnya pula kini menjadi pilihan penyokong Real Madrid untuk mengisi kerusi panas di Santiago Bernabeu.
Benar, tidak silap lagi, Jurgen Klopp kini tampil selaku pilihan penyokong Los Blancos itu untuk mewarisi tampuk daripada Zinedine Zidane selaku pengurus kelab bola sepak paling glamor di dunia.
Pengurus Liverpool berbangsa Jerman itu, yang tewas 1-3 kepada Real dalam final di Kiev, 26 Mei lalu, menerima 29 peratus undian dalam satu tinjauan pendapat dalam kalangan penyokong kelab berkenaan yang dijalankan di atas talian.
Peratusan itu selesa mengatasi pilihan hangat firma-firma pertaruhan, Mauricio Pochettino daripada Tottenham, yang menjadi pilihan kedua dengan 23 peratus undian.
Menurut laporan akhbar Daily Express, ia sebahagian daripada kelaziman setiap kali Real tercari-cari seorang pengurus baru atau berusaha mendatangkan pemain bintang terbaru – yang tidak dapat tidak – akan melalui undian tinjauan pendapat seperti itu.
Daripada asalnya bisikan dan khabar angin, selalunya ia berkesudahan dengan fakta. Mesin publisiti Real gemar menggembar-gemburkan pengurus atau pemain yang menjadi sasarannya untuk mendapatkan reaksi ramai.
Sepanjang tempoh itu pula, satu proses destabilisasi biasanya akan berlaku dengan kelab-kelab sasaran akan berusaha mengekalkan pengurus masing-masing daripada dipancing – Liverpool dan Spurs tidak terkecuali amat arif dengan hakikat itu.
Jadi, adakah Klopp dan Pochettino kini menjadi sasaran?
Barangkali ya kerana sebab itulah Pochettino memberikan dirinya tempoh lima hari untuk sebarang tawaran daripada Real agar dia boleh memutuskan pendiriannya sama ada akan menerima atau menolak.
Pengurus kelahiran Argentina itu dipercayai menjadi pilihan Presiden Real, Florentino Perez, yang sekian lama tertarik dengan hasil usaha Pochettino bersama Spurs di sebalik tidak menjangkakan peletakan jawatan mengejut Zidane.
Masalahnya Pochettino baru menandatangani kontrak baru lumayan untuk tempoh lima tahun akan datang, yang tidak merangkumi klausa untuk dia meninggalkan pasukan dengan mudah.
Namun, jika Real menginginkan khidmatnya, maka mereka harus bertindak sekarang dengan tawaran yang tidak mampu ditolak Spurs.
Dalam pada itu, Klopp mungkin memiliki kebarangkalian paling kecil di belakang calon lain, termasuk Arsene Wenger dan Antonio Conte.
Namun, semua itu boleh berubah dengan hasil tinjauan pendapat terbaru itu, apatah lagi media Sepanyol mengangkat Klopp selaku pilihan terbaik ketika ini.
Klopp akan mendapati sukar – teramat sukar – untuk menolak peluang sekali dalam seumur hidup daripada pasukan paling glamor di dunia andainya bidaan Perez datang kepadanya.