Mencecah ratusan ringgit sebulan tetapi adik-adik yang berada di Putrajaya cukup bertuah kerana berpeluang mendalami ilmu sukan pickleball daripada 6 jurulatih berpengalaman secara percuma.
Baru-baru ini, Klinik Pengenalan Sukan Pickleball telah diadakan di Sekolah Menengah Presint 9 (1) Putrajaya yang menyaksikan penyertaan seramai 109 pelajar dan 27 guru daripada 14 sekolah rendah dan 9 sekolah menengah di sekitar Putrajaya.
Program yang dianjurkan Persatuan Pickleball Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya itu dilihat berjaya mencapai objektifnya yang bukan sahaja memperkenalkan sukan yang dianggap baharu di negara ini, malah mencetus semangat kepada para peserta untuk menjadikan pickleball sebagai sukan kegemaran mereka.
Lebih menarik, program yang diadakan selama satu hari itu turut mendapat sokongan pihak swasta yang menaja kelengkapan permainan seperti paddle buat semua peserta yang hadir dan ia dilihat telah membantu melancarkan lagi penganjuran klinik dalam skala yang agak besar itu.