Kedua-duanya memiliki aura berbeza dengan Khairul Hafiz Jantan terlebih dulu mengecap kegemilangan sebagai pelari terpantas Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Asia Tenggara 2016. The Speedy Jantan kemudian menggegar Kejohanan Remaja Asia, Kejohanan Remaja Dunia sebelum menakluki Sukan Sea Kuala Lumpur, tahun lalu.
Tetapi di Indonesia, mereka menjulang Lalu Muhammad Zohri sebagai wira baru.
Pelari berusia 18 tahun ini masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Remaja Dunia di Finland, bulan lalu - rakyat Asia Tenggara pertama melakukannya.
Apa yang menarik, Lalu dan Khairul Hafiz berkongsi catatan peribadi terbaik dengan 10.18 saat.
Lebih menarik, mereka akan bertemu di peringkat saringan ketiga acara 100m Sukan Asia Indonesia 2018.
"Khairul lebih pantas, dia akan tunjukkan kepada Lalu apa makna lelaki terpantas Asia Tenggara," kata peminat di laman sosial.
"Kita tengok aja. Lalu kami pasti tidak akan menghampakan," kata peminat Indonesia.
Berdasarkan senarai tujuh pelari saringan ketiga, saya melihat pelari China, Xie Zhenye, memiliki kelebihan berbekal catatan peribadi terbaik 9.97s.
Saya fikir dia tidak berdepan masalah untuk menamatkan cabaran dalam kelompok empat pelari terbaik, sekali gus layak ke separuh akhir. Saya doakan Khairul Hafiz dan Lalu berada dalam kelompok itu.
Selalunya, pelari yang berkebolehan tidak akan mempamer pecutan sebenar di peringkat saringan. Lihat saja bagaimana Usain Bolt berlari dalam Kejohanan Dunia atau Sukan Olimpik. Jika tidak menoleh ke kiri atau kanan, dia pasti akan tersengih melihat pelari lain mengejarnya -- itu kualiti pelari pecut sejati.
Saya hanya mahu melihat larian terbaik Khairul Hafiz dan Lalu. Mereka hampir sebaya dengan Khairul berusia lebih dua tahun (20 tahun).
Kepada Khairul Hafiz dan Lalu, anda masa depan olahraga Asia Tenggara. Semoga berjaya ke final.