Arsenal sudah pun mengorak langkah dengan kemenangan 4-3 ke atas Leicester City dalam perlawanan sulung musim 2017-18 di Stadium Emirates awal pagi tadi selepas dua kali bangkit daripada ketinggalan, dengan Alexandre Lacazette hanya memerlukan dua minit untuk menyumbat gol pertamanya.
Seperti perebutan tunggang terbalik terhadap kejuaraan pada setiap musim, pertarungan mengelak penyingkiran menjelang penghujung musim turut menawarkan nilai hiburan yang tinggi buat penonton kecualilah pasukan mereka sendiri berada dalam zon relegasi.
Kelab-kelab di tangga ke-18, 19 dan 20 akan turun divisyen dan ia bukanlah pengalaman indah buat penyokong menyaksikan pasukn mereka mengucapkan selamat tinggal kepada saingan tahap tertinggi ini.
Namun, salah satu pasukan yang baru dinaikkan, Brighton & Hove Albion mungkin antara calon mengisi kelompok bawahan dan kembali terhumban ke Liga Kejuaraan pada akhir musim ini.
Selepas penantian panjang selama 34 tahun, Brighton kini kembali ke saingan utama dan mereka ternyata amat berhak kerana menghimpunkan sejumlah 182 mata dalam dua musim terakhir dalam tahap dua itu.
Bagaimanapun, pasukan itu kekurangan kualiti yang diperlukan untuk bersaing dalam Liga Perdana dan hakikat itu akan ditelanjangi ketika berdepan pasukan-pasukan utama nanti.
Di samping itu, dalam 10 perlawanan mereka dalam musim 2017-18 ini, apabila mereka dijangka berjuang untuk kelangsungan di dalam liga ini, Brighton akan berhadapan dengan lawan seperti Arsenal, Everton, Manchester United, Manchester City, Liverpool dan Chelsea yang tidak akan menaruh sebarang belas ihsan.
Burnley adalah sebuah pasukan lain yang harus tidak kekal lama dalam Liga Perdana. Musim lalu, The Clarets hanya berupaya kekal dalam saingan di atas dengan menghimpun 33 mata di tempat sendiri sedangkan prestasi mereka di tempat lawan ternyata amat teruk.
Dengan meraih hanya tujuh mata dalam kunjungan ke gelanggang lawan, ia harus menjadi punca penyingkiran mereka musim ini.
Tambah memburukkan keadaan, kelab itu telah menjual pemain pertahanan terbaiknya, Michael Keane, yang harus menyulitkan survival mereka.
Pasukan ketiga yang dijangka ditunjukkan pintu keluar pada Mei 2018 nanti ialah Huddersfield Town.
Ini akan menjadi musim sulung kelab itu dalam saingan EPL dan ketandusan pengalaman dalam saingan tahap tertinggi akan menjadi faktor pemisah.
Pengurusnya, David Wagner, yang pernah berkhidmat sebagai penolong kepada Jurgen Klopp pada masa lalu, telah membawa masuk sembilan pemain baru menjelang musim sulung mereka dalam saingan tahap tertinggi ini.
Tapi mereka akan banyak bersandarkan tuah kepada Steve Mounie, yang baru ditandatangani daripada Montpellier untuk rekod yuran perpindahan kelab sebanyak GBP12 juta (RM67 juta).
Namun, jika penyerang itu gagal memenuhi jangkaan, The Terriers akan tercari-cari gol yang mungkin menjadi penamat kepada kempen mereka untuk cuba terus bersaing dengan antara yang terbaik.
Seperkara yang menarik juga, satu tinjauan pendapat dalam kalangan 40 ‘pundit’ Perbadanan Penyiaran British (BBC) memilih Manchester City selaku pilihan hangat untuk tampil juara musim ini.
Dua puluh lima daripada mereka meramalkan City, diikuti Manchester United dengan 13 sambil Chelsea dan Tottenham Hotspur – juara dan naib juara musim lalu – masing-masing mendapat satu undi selaku pilihan untuk menjadi juara.
Ramalan keseluruhan menyenaraikan pasukan-pasukan selaku pilihan untuk tampil juara mengikut ranking yang dirumuskan ‘pundit’ berkenaan: 1. Manchester City, 2. Manchester United, 3. Chelsea, 4. Liverpool, 5. Tottenham, 6. Arsenal.
Sama-sama kita tunggu dan lihat.