Skip to main content

Rencana

Keterujaan berada di Nou Camp

dayang.jpg
Dayang kini berada di wilayah Catalunya dimana berpusatnya pasukan Barcelona FC. Dayang berada di sini bersama dengan pemain-pemain bawah 12 tahun terbaik yang terpilih di Astro Kem Bola yang sedang menjalani latihan intensif di luar negara. Ini merupakan kali kedua Dayang berada disini dan Dayang masih merasai keterujaan yang sama. 
 
Jika dulu, berada di Nou Camp hanyalah satu angan-angan, tetapi kini tidak lagi. Dayang dan juga krew penerbitan berkesempatan untuk hadir di Stadium Nou Camp bagi menyaksikan aksi pertemuan di antara Barcelona berdepan Atletico Bilbao. 
 
Melangkahkan kaki ke pintu masuk stadium sahaja, Dayang sudah merasai aura sebagai seorang peminat bola sepak yang mahu menyaksikan aksi dari salah sebuah pasukan terbaik di dunia. Paling dinantikan tentunya melihat dengan mata sendiri kelibat Lionel Messi, Gerard Pique dan Philippe Coutinho.
 
The Catalan berjaya mencatat kemenangan 2- 0 hasil jaringan Paco Alcacer dan Lionel Messi. Ini merupakan jaringan ke 25 Messi untuk musim ini namun sayangnya tiada kelibat Suarez di atas padang akibat digantung perlawanan. Namun ketiadaan Suarez tidak begitu menjejaskan jentera serangan Barcelona yang mendapat sorakan hebat penonton di stadium setiap kali melakukan serangan.
 
Dalam masa sama, Dayang turut teruja melihat reaksi para peserta Astro Kem Bola yang dilihat begitu bersemangat menjalani latihan intensif di luar negara. Ini tentunya menjadi satu detik manis dalam karier bola sepak mereka kerana bukan semua orang berpeluang melalui pengalaman berharga seperti ini, apatah lagi mereka baru berusia kurang dari 12 tahun.

Jangan lupa dapatkan kemaskini mengenai Astro Kem Bola di laman sosial Astro Arena dan Dayang juga akan membawa anda melihat keindahan bumi Catalunya. Salam sayang dari Dayang dari Nou Camp!

Advertisement

Must Watch Video