Jika atlet gagal capai sasaran, mereka boleh digugurkan daripada program kebangsaan atau dinasihatkan bersara.
Tetapi, apa akan berlaku jika pegawai persatuan sukan yang menjalankan tugas seperti melepaskan batuk di tangga?
Pendedahan mengejutkan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Datuk Zaiton Othman, apabila ada persatuan sukan kebangsaan yang tidak mempunyai pejabat atau kakitangan.
Mereka hanya melantik individu memegang jawatan dan menjalankan tugas secara sambilan, 'mungkin melalui pejabat whatsapps'.
Lebih mengecewakan, hanya tiga persatuan sukan kebangsaan capai taraf lima bintang iaitu bola sepak, badminton dan skuasy.
"Jumlah ini terlalu kecil berbanding 60 persatuan sukan yang sudah dinilai. Ada sembilan lagi persatuan capai taraf empat bintang, namun kita masih jauh untuk dibandingkan dengan persatuan sukan luar negara sudah jauh ke depan," kata Zaiton.
"Ini ibarat ketam ajar anak berjalan betul," detik hati saya.
Rata-rata pegawai persatuan sukan di Malaysia lebih berkuasa berbanding atlet.
Mereka mempunyai kuasa menentukan hala tuju, program latihan atau bonus untuk atlet mereka.
Jika pegawai itu menjalankan tugas baik, maka baiklah hasilnya.
Jika melepaskan batuk di tangga, maka terumbang-ambinglah anak buah mereka.
Soalnya, sampai bila situasi ini akan berterusan?
Kita makin menghampiri Sukan Olimpik Tokyo 2020, jaguh utama seperti Datuk Lee Chong Wei (badminton), Azizulhasni Awang (basikal trek), Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong (terjun) makin dimamah usia.
Silap-silap sampai mereka bersara, kita masih kempunan pingat emas sulung Olimpik.
Kalaulah hanya tiga persatuan bertaraf lima bintang, kita sudah boleh bayangkan siapa sebenarnya yang benar-benar bersusah payah capai emas sulung Olimpik.
Bangkitlah, kita sudah kesuntukan masa.
Ingat, anda juga sedang diperhatikan. Jika tidak mampu, terlalu sibuk atau tugas sukarelawan ini tidak berbaloi - sila letak jawatan.