Pelari harapan paling bernilai tuan rumah Sukan SEA 2019, Eric Shauwn Cray, mengecewakan 100 juta rakyat Filipina dengan hanya melakukan kesilapan yang dianggap 'bodoh' dan tidak mampu dimaafkan.
Cray yang dianggap mampu menghadiahkan pingat emas acara 'riben biru' di depan ribuan penonton dengan kemungkinan turut di hadiri presiden Filipina, Rodrigo Duterte kini hanya mampu menangis air mata darah mengenangkan nasibnya.
Cray melakukan kesilapan 'false start' bukan sekali tetapi 2 kali ketika sesi kelayakan pertama acara 100 meter di Stadium Olahraga New Clark City pada pagi Ahad, 8 Disember 2019.
Kesilapan yang tidak terduga itu menyaksikan Cray disingkirkan daripada kelayakan 100 meter lelaki dengan dia dilihat seolah tidak mahu meninggalkan trek.
Cray kemudiannya perlahan-lahan meninggalkan blok permulaan dan terduduk di tepi trek seolah tidak percaya usahanya selama 2 tahun untuk merampas gelaran Raja Pecut Asia Tenggara lenyap dalam masa 2 saat.
Maka hilanglah selera dan juga keinginan tinggi seluruh rantau ini untuk melihat perebutan epik juara 100 meter lelaki.
Tetapi di sebalik itu peluang untuk pelari pecut negara untuk naik ke podium tampak cerah dengan ketiadaan Cray.
Muhamad Haiqal Hanafi yang berada selang 2 lorong dari posisi Eric Cray mencatat masa kedua terpantas, 10. 39 saat pada sesi kelayakan untuk layak ke final manakala Jonathan Nyepa pula mencatat 10.65 saat pada sesi kelayakan kedua untuk beraksi di final.
Untuk rekod pingat emas acara kemuncak olahraga 'riben biru' di Kuala Lumpur pada 2017 dimenangi Khairul Hafiz Jantan dengan menewaskan Eric Shauwn Cray sekali gus dinobat selaku Raja Pecut Asia Tenggara.