Ada satu pepatah dalam kamus masyarakat Jepun, bunyinya seperti ini,
“Katte kabuto no o wo shimeyo”
Yang membawa erti, selepas raih kemenangan, ikatlah topi keledarmu dengan lebih ketat.
Ini bukan ayat yang diambil dari rancangan anime, tetapi terjemahannya membawa erti yang mendalam iaitu jika seseorang itu sudah mencapai kejayaan atau kemenangan, ia tidak bermakna segala usaha patut tertumpu setakat itu sahaja, kerana ketika itu ancaman akan hadir.
Nama Kento Momota pula sedang kukuh di persada kelompok perseorangan lelaki terbaik dunia.
Untuk tahun ini sahaja (setakat artikel ini dikarang), daripada 55 perlawanan yang diharunginya, Momota hanya tewas lima perlawanan. Bayangkan untuk tahun ini sahaja, Momota sudah membolot beberapa gelaran utama, antaranya mempertahankan seperti Kejohanan Dunia dan Asia selain menjadi pemain Jepun pertama raih kejuaraan Seluruh England Mac lalu.
Pemain dari Fukuoka ini membawa satu budaya yang amat sinonim dengan masyarakat Jepun iaitu sikap bekerja keras. Usai bebas daripada penggantungan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak Mei 2017 gara-gara terlibat dengan skandal berjudi, dia mendaki dan terus mendaki tangga ranking dunia untuk mencapai kejayaan yang dikecapi pada hari ini.
Ketika ini dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia (kecuali Momota), hanya perseorangan dari China, Shi Yuqi dan pemain Taiwan, Chou Tien Chien dilihat benar-benar mampu cabar jaguh Jepun itu. Lin Dan pula, anggap sahaja jaguh Sukan Olimpik ini bermain hanya memenuhi waktu senggang sebelum umumkan persaraan.
Momota ini boleh diibaratkan robot T-800 dalam cerita Terminator lakonan Arnold Schwarzenegger. Tegap, kebal dan amat menggerunkan di dalam gelanggang.
Pada usia 25 tahun, tiada lagi petanda Momota selesa dengan kedudukan dan kejuaraan dimiliknya, ramalan untuk Tokyo 2020 pula menyaksikan ramai letak harapan dia bakal jadi rakyat Matahari Terbit pertama rangkul emas perseorangan lelaki badminton.
Namun sekebal mana T-800 tetap ada kelemahan, persoalannya siapa pula mampu halang kemaraan jaguh kidal ini?